why korea? why kpop?

APRIL 24, 2015

Assalamualaikum.

i don't know why but my fangirl mode is always turned on! hahaha pendek kata sentiasa nak berfangirl je lah sepanjang masa. dan aku rasa kecintaan aku pada korea bukan je setakat pada idol tapi pada south korea as a whole.

why korea? kenapa bukan negara lain?

entah ler. banyak faktor kot kenapa aku sukakan korea dan letakkan dia sebagai tempat yang paling aku nak pergi kat dunia ni. (one of the reason of course la the idols! *scream*) hahaha.. tempatnya cantik, bersih, ada snow, makanan diorang nampak sedap walaupun aku tahu tak halal, orangnya nampak baik, nampak efficient je semua benda. i don't know tapi this is my first impression about korea. walaupun tak pernah sampai lagi pun. tengok2 dalam blog je, google gambar yang mana nak explore tempatnya.

aku jatuh cinta tanpa tahu hakikat sebenar korea! arghh

pertama kali aku suka korea masa tu tahun 2009. form 4. (kira ah sendiri umur kak syam berapa haha) ya Allah, tuhan je tahu macam mana diehard nya aku pada korea. beli majalah, potong gambar letak dalam file, beli kad gambar woobin letak dlm purse, namakan teddy bear keychain aku tu sebagai Song Woobin! (okay masa tu diehard dengan boys over flower, he is my bias) hahaha bila dok ingat balik rasa macam nak patah balik masa tu dan pergi tarik telinga kak syam time tu! fanatik abis weh. more than you can imagine, cuma tak boleh pergi konsert je time tu. sekarang pun tak boleh sebenarnya.

this exact poster yang aku potong from paper and letak dlm file hehe
(in case kalau taktau, woobin yang belah kiri sekali tu hikhik)

ingat lagi gigih bangun tengah malam sebab nak tengok ulangan music bank kat KBS sebab petang kena pergi tuisyen. ingat lagi semata ponteng tuisyen sekolah sebab petang tu ada music award. kadang tu stay pulak kat sekolah sebab nak guna internet dalam library semata mata nak tengok super junior. aduhh parah! haaa aku sampai sekarang salahkan kak asma sebab kenalkan aku dengan super junior (sebenarnya berterima kasih sangat2 ni hehe) dia orang pertama yang tunjukkan dekat aku, kina, sya, mimi dan sarah mv sorry sorry. we fall in love so hard with super junior sampai result ujian pun fall hard jugak lah haa padan muka..

this! ahhhh *scream*

lepas masuk diploma kurang sikit sebab takde geng. eh jumpa pulak geng korea baruu. haa makin gila lah aku. plus dah ada laptop sendiri hmm menggila!! mula kenal running man, kenal banyak benda lagi pasal korea. banyak sangat yang aku dapat lepas kenal dengan budak2 kpop yang lain ni. rasa kerdil sangat sebab collection diorang lagi mantop! and the rest is history.

orang nampak lagu2 kpop ni semua macam lagha je, dance je lebih tapi lagu kpop ni ada jugak yang very soothing tau. so kalau aku stress ke nak hiburan ke semua ada. bukan yang lagha je, ada jugak benda lain yang baik pasal kpop ni. cuma orang tak nampak. sebab diorang tengok benda buruk je. harap sangat future husband aku boleh faham sifat aku yang satu ni. aku minat dari jauh je. hahaha..

kpop is
my guilty pleasure.
my best song companion.
my happy pills.
my laughing gas.
my fantasy that will never come true.
and tempat 'mencuci mata'.
hahahahahahahahahahahaha :P

and now aku dengan kina and sya tengah duk mengumpul nak sebab nak pergi korea. wishlist kitorang nak pergi melawat korea sama2. #friendshipgoals angat! hahaha planning nak pergi masa 2017 sebab time tu semua dah settle down dengan study masing2. tapi tulah, duit yang terkumpul pun baru berapa sen sangat. asal nak menyimpan ada je benda yang nak beli sebab lebih penting. doakan aku berjaya. doakan aku ada rezeki nak sampai korea dengan kawan2 aku.

kalau tak dapat pergi dengan kawan2 aku ingat nak pau laki aku untuk pergi honeymoon kat sana hahaha!!


*ingatkan makin tua makin kurang tengok korea tapi harammmm lagi gila adalah*


No comments:

Post a Comment