bodoh sombong

APRIL 21, 2015

Assalamualaikum.

ya. memang kadang tu aku kata aku benci. tapi mulut tu selalu je tak zahirkan apa yang sebenarnya terniat kat hati. suka sangat menipu. akhirnya, makan diri.

adatlah pasang turun dalam sesuatu perhubungan.
sesama keluarga.
sesama sahabat.
sesama kekasih.
kadang naik. wahh.
kadang turun. ahhh.

sebab kadang hati tu degil. sukakan penafian walaupun sakit. sukakan pahit walaupun ada yang manis. manusia..

bila ada depan mata, kau buat tak endah je.
bila dah hilang dari pandangan, kau cari bagai nak gila.
tinggi sungguh ego kau.
kalau nak ukur tu, haih setaraf klcc nun.
kononnya nak tengok siapa yang juara.
siapa yang mengalah, kononnya dia kalah.
akhirnya, hati kau sakit. merana. mereput kau sorang-sorang dengan ego kau tu!

tapi kalau aku tengah betul-betul marah macam mana? takkan semudah tu aku nak maafkan. aku pun ada perasaan jugak.

bodoh sombong punya manusia.

banyak sangat benda yang kau nak dulukan,
banyak sangat perkara yang kau timbangkan,
sampai perkara yang sepatutnya didulukan, tertinggal.
akhirnya, kau menyesal.. pfttt
tulah, rendahkan sikit ego tu. tengok keadaan jugak nak ego ni. kena tempatnya baguslah. tak kena tempat.. kau tanggung sendiri.

#kaksyamjiwang
#kaksyamsendirimenyampah
#bajetdeep
#pegimam
#pffftttt
#berdiribuluromabilabacabalik

HAHAAHAHAHAHAHA! you must be kidding me, syam!



*tapi ini yang aku nak cakap, so suka hati aku lah!*


okay bye.




1 comment: