why korea? why kpop?

APRIL 24, 2015

Assalamualaikum.

i don't know why but my fangirl mode is always turned on! hahaha pendek kata sentiasa nak berfangirl je lah sepanjang masa. dan aku rasa kecintaan aku pada korea bukan je setakat pada idol tapi pada south korea as a whole.

why korea? kenapa bukan negara lain?

entah ler. banyak faktor kot kenapa aku sukakan korea dan letakkan dia sebagai tempat yang paling aku nak pergi kat dunia ni. (one of the reason of course la the idols! *scream*) hahaha.. tempatnya cantik, bersih, ada snow, makanan diorang nampak sedap walaupun aku tahu tak halal, orangnya nampak baik, nampak efficient je semua benda. i don't know tapi this is my first impression about korea. walaupun tak pernah sampai lagi pun. tengok2 dalam blog je, google gambar yang mana nak explore tempatnya.

aku jatuh cinta tanpa tahu hakikat sebenar korea! arghh

pertama kali aku suka korea masa tu tahun 2009. form 4. (kira ah sendiri umur kak syam berapa haha) ya Allah, tuhan je tahu macam mana diehard nya aku pada korea. beli majalah, potong gambar letak dalam file, beli kad gambar woobin letak dlm purse, namakan teddy bear keychain aku tu sebagai Song Woobin! (okay masa tu diehard dengan boys over flower, he is my bias) hahaha bila dok ingat balik rasa macam nak patah balik masa tu dan pergi tarik telinga kak syam time tu! fanatik abis weh. more than you can imagine, cuma tak boleh pergi konsert je time tu. sekarang pun tak boleh sebenarnya.

this exact poster yang aku potong from paper and letak dlm file hehe
(in case kalau taktau, woobin yang belah kiri sekali tu hikhik)

ingat lagi gigih bangun tengah malam sebab nak tengok ulangan music bank kat KBS sebab petang kena pergi tuisyen. ingat lagi semata ponteng tuisyen sekolah sebab petang tu ada music award. kadang tu stay pulak kat sekolah sebab nak guna internet dalam library semata mata nak tengok super junior. aduhh parah! haaa aku sampai sekarang salahkan kak asma sebab kenalkan aku dengan super junior (sebenarnya berterima kasih sangat2 ni hehe) dia orang pertama yang tunjukkan dekat aku, kina, sya, mimi dan sarah mv sorry sorry. we fall in love so hard with super junior sampai result ujian pun fall hard jugak lah haa padan muka..

this! ahhhh *scream*

lepas masuk diploma kurang sikit sebab takde geng. eh jumpa pulak geng korea baruu. haa makin gila lah aku. plus dah ada laptop sendiri hmm menggila!! mula kenal running man, kenal banyak benda lagi pasal korea. banyak sangat yang aku dapat lepas kenal dengan budak2 kpop yang lain ni. rasa kerdil sangat sebab collection diorang lagi mantop! and the rest is history.

orang nampak lagu2 kpop ni semua macam lagha je, dance je lebih tapi lagu kpop ni ada jugak yang very soothing tau. so kalau aku stress ke nak hiburan ke semua ada. bukan yang lagha je, ada jugak benda lain yang baik pasal kpop ni. cuma orang tak nampak. sebab diorang tengok benda buruk je. harap sangat future husband aku boleh faham sifat aku yang satu ni. aku minat dari jauh je. hahaha..

kpop is
my guilty pleasure.
my best song companion.
my happy pills.
my laughing gas.
my fantasy that will never come true.
and tempat 'mencuci mata'.
hahahahahahahahahahahaha :P

and now aku dengan kina and sya tengah duk mengumpul nak sebab nak pergi korea. wishlist kitorang nak pergi melawat korea sama2. #friendshipgoals angat! hahaha planning nak pergi masa 2017 sebab time tu semua dah settle down dengan study masing2. tapi tulah, duit yang terkumpul pun baru berapa sen sangat. asal nak menyimpan ada je benda yang nak beli sebab lebih penting. doakan aku berjaya. doakan aku ada rezeki nak sampai korea dengan kawan2 aku.

kalau tak dapat pergi dengan kawan2 aku ingat nak pau laki aku untuk pergi honeymoon kat sana hahaha!!


*ingatkan makin tua makin kurang tengok korea tapi harammmm lagi gila adalah*


bodoh sombong

APRIL 21, 2015

Assalamualaikum.

ya. memang kadang tu aku kata aku benci. tapi mulut tu selalu je tak zahirkan apa yang sebenarnya terniat kat hati. suka sangat menipu. akhirnya, makan diri.

adatlah pasang turun dalam sesuatu perhubungan.
sesama keluarga.
sesama sahabat.
sesama kekasih.
kadang naik. wahh.
kadang turun. ahhh.

sebab kadang hati tu degil. sukakan penafian walaupun sakit. sukakan pahit walaupun ada yang manis. manusia..

bila ada depan mata, kau buat tak endah je.
bila dah hilang dari pandangan, kau cari bagai nak gila.
tinggi sungguh ego kau.
kalau nak ukur tu, haih setaraf klcc nun.
kononnya nak tengok siapa yang juara.
siapa yang mengalah, kononnya dia kalah.
akhirnya, hati kau sakit. merana. mereput kau sorang-sorang dengan ego kau tu!

tapi kalau aku tengah betul-betul marah macam mana? takkan semudah tu aku nak maafkan. aku pun ada perasaan jugak.

bodoh sombong punya manusia.

banyak sangat benda yang kau nak dulukan,
banyak sangat perkara yang kau timbangkan,
sampai perkara yang sepatutnya didulukan, tertinggal.
akhirnya, kau menyesal.. pfttt
tulah, rendahkan sikit ego tu. tengok keadaan jugak nak ego ni. kena tempatnya baguslah. tak kena tempat.. kau tanggung sendiri.

#kaksyamjiwang
#kaksyamsendirimenyampah
#bajetdeep
#pegimam
#pffftttt
#berdiribuluromabilabacabalik

HAHAAHAHAHAHAHA! you must be kidding me, syam!



*tapi ini yang aku nak cakap, so suka hati aku lah!*


okay bye.




emotional week ever

APRIL 16, 2015

Assalamualaikum.

hmmm, tengok tajuk pun dah tau entry ni penuh dengan emosi. aku penatlah minggu ni. bermain dengan emosi yang tak menentu.

i am playing with tonnes of emotions. dem.

kejap okay, mood up sampai cloud nine weh. happy sangat2. rasa macam tengah main atas awan.
tiba tiba down, demotivate sampai jatuh 10000 kaki bawah paras laut!
(okay hyperbolic much)

tak stabil langsung.

tapi serius.. aku sendiri tak faham. nak kata red flag memang tak ah. tapi mood swing!


'the most heart-breaking day of the year'


sampai dah memuncak aku punya down tu, boom!
ayaq mata jantan syamira jatuh.....
auchhh malu

balik dari uitm bawak motor laju2, nak nangis atas motor tak feeling. nanti orang nampak mallluuuuu.

as usual lah, my babe si makcik kina tulah orang yang aku cari kalau ada masalah. my personal counselor after ibu since 2007 i guess. hehe. lepas slow talk dengan kina tulah berderai ayaq mata. depan dak shela pulak tuuu haihh

hahaha. macam2.

aku rasa banyak faktor atau punca sebenarnya. banyak sangat dugaan. yelah, happy sangat pun satu dugaan jugak. apatah lagi sedih. haih banyak yang ada dalam fikiran aku ni.

- duit yang tak pernah rasa cukup. yup i am just a mere human with needs and wants.
- hectic week full with tests and quiz. hari2 wehh, rabak. serius mata gua rabak.
- rasa rindu bagai nak rak. pada rumah, pada ibu ayah, pada family, pada 7siblings, pada the babes. letihnya tahan rindu!
- fon buat hal. baru 2 bulan pakai weh!!! takkan nak beli fon baru tiap 2 bulan sekali. tauke kapal pun boleh bankrupt weh.
- and problem with him buat aku tak faham lelaki ni macam mana sebenarnya. aku tak faham dia ke atau dia yang sebenarnya susah nak difahami.

entah.

masa si Naz down last sem, dia pernah kata macam ni,

"kenapa lah aku tak jadi batu je, boleh duduk diam2 kat tepi jalan tu. biar orang sepak, biar orang pijak. asalkan tak payah fikir pasal masalah dunia ni!"

lepas dengar tu aku gelak. nasihat sikit sebarang dua.
sem ni aku cakap benda yang sama kat dia. hahaha.
dia pulak gelakkan aku kawkaw punya. bangkrek.


what comes around goes around bebeh!


dugaan Tuhan. takkan nak lari, kena hadap jugak walau macam mana pun.


*kalau boleh jadi batu atau burung, aku nak try sehari*







i'm back

APRIL 15, 2015

Assalamualaikum

entry aku ni dah macam chipsmore dah. kejap ada lepas tu lamaaaa takda. hahaha

punca menulis balik : ada orang kata dia baca blog kita haha.. sumpah aku malu. all those rant telah dibaca without me expecting that. takpe lah, i'm gonna write while i can.

nak baca, baca lah. tak kisah pun. *kenyit mata ciked*