betul ke pilihan aku ni?

OCTOBER 18, 2014

Assalamualaikum

okay sekarang dah masuk sebulan lebih since the first day aku sambung degree di puncak alam ni. yeah, course event management.

nampak macam gah kan nama ni? tapi aku ada beberapa kerisauan tentang beberapa perkara. aku faham dan yakin tentang macam mana orang kata semua rezeki ketentuan nasib jodoh ajal kita dah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi. tapi kadang kerisauan tu still timbul jugak bila aku over think tentang statement "betul ke pilihan aku ni?"

macam2 weh yang berlegar dalam otak aku ni.
- mampu ke aku nak spend masa dengan family aku bila aku dah asyik dan busy dengan dunia event? (lect aku kata in event we will be super busy sampai takde masa dengan family)
- ini ke cita2 aku?
- ini ke yang aku nak sebenarnya dalam hidup aku?
- and paling penting, boleh ke aku nak stay on track bila aku dah involve in the real event world?

well, aku  ni taklah baik sangat pun. sebab tu aku takut. takut kalau2 aku ni terpesong ke arah yang lebih melekakan diri yang sedia leka dengan dunia ni. sebab aku tau aku ni macam mana. masih terhuyung-hayang bawak diri, cuba jadi lagi baik. nampak je gagah berani tapi fragile nak mampus.

kadang bila baca kawan2 masjid post something yang kena setepek kat batang hidung aku, malu sendiri weh. tapi tu lah, takde pembaharuan. malu takat tu je la lepas tu dok lena balik. nampak jelas kebodohan diri sendiri.

tapi tak boleh salahkan sesiapa sebab semua ni dari aku jugak.
nak jadi baik, aku yang pilih.
nak jadi jahat, aku yang pilih.
tunjuklah jari telunjuk tu kat orang lain, ada 4 lagi jari tuding kat diri sendiri.

sekarang ni, ada satu  je tali pengikat aku kat track yang betul ni.
ibu. ayah. family.
andai kata tali ni putus, mau meroyan aku tanpa arah.
hanyutlah aku macam sampan takde tuan.
dengan tali yang ada ni pun aku masih lagi bertatih nak tunggu orang sambut.
dengan tali yang ada ni pun aku selalu terkeluar sikit dari landasan.
apatah lagi kalau tali pengikat ni hilang.
nauzubillah.

menggelabah la aku ni, risau tapi tindakan zero. none.
macam orang bodoh. dungu.

kadang aku kesian dengan ibu dan ayah. sebab dapat anak macam aku.


*i'll try my best untuk betulkan semua ni ye ibu, ayah. maaf sebab tak dapat jadi anak yang baik.




No comments:

Post a Comment