terinspirasi dengan kurakuraygslow

AUGUST 05, 2014

assalamualalaikum and annyeonghaseyo!

ehh bajet kpop sangat budak ni, kulit hitam tak sedor diri gamaknyaa!

shut the frog off!! suka hati aku lah..

actually aku terinspirasi nak menulis entri kali ini dari blog Into The New World yang ditulis oleh seorang student medic UKM. aku jumpa blog dia dekat blog Mr K. wahh, memang aku tak sangka langsung seorang student medic yang selama ni aku ingat nerdy dan dok kelek buku biologi 24/7 boleh jadi seorang fangirl tegar! macam tak kena je, kalau magnet tu kira kutub utara kutub selatan lah. haha anyway i salute you sista!!

to be honest, aku memang peminat kpop. walaupun tak setegar sis dari blog kurakuraygslow ni tapi tahap tegar aku ni kira kronik la nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang lain. sebab kau cakap la siapa pun, ada 80% kemungkinan aku kenal background orang tu. kawan-kawan aku panggil aku kamus kpop bergerak. ada je artis yang diorang taktau atau tak ingat muka diorang akan refer aku. hehe. kalau agak-agak tak kenal, aku terus google je. apa susah.

kenapa aku kata aku tak sehebat sis kurakuraygslow di dalam dunia kpop?

1. sebab aku masih tak ada kekuatan nak melabur duit aku ke arah kpop sepenuhnya contohnya macam beli merchandise, album dan macam-macam lagilah. ya, masih tak mampu sebab duit yg duk ada ni pun duit ptptn. haha lagilah sekarang aku tengah tunggu panggilan untuk degree. kena jimat.

2. aku masih takde kepakaran dalam membuat video untuk bias aku. boleh buat, tapi takut merepek sebab takcukup research.

3. rumah aku takde akses internet so bergantung kepada supplier atau tengok kat tv. tau lah kalau tengok kat tv tu memang lambat lah cerita dia. aku bergantung sepenuhnya pada data fon atau tunggu bila aku pergi rumah nenek aku baru boleh tengok secara marathon (rumah nenek ada wifi)

4. setiap kali album keluar, aku selalunya takkan pergi order atau beli ke album tu. aku download je. hehehe

begitulah permasalahan aku. walaupun banyak halangan tapi aku tak mudah putus asa. aku cari seramai mungkin kawan-kawan aku yang ada stok-stok baru (macam barang haramlah pulak) dan aku terus ambik. hard disk lappy dan external aku pun semakin nazak sebab dah tak mampu nak tanggung beban cerita yang banyak. nak kena beli baru tuu!

kalau sis kurakuraygslow ni peminat tegar SNSD dan adalah seorang SONE, aku pulak dengan bangganya memberitahu yang aku adalah peminat tegar SUPER JUNIOR dan seorang ELF. ya, sunbae SNSD tu.. hehe arghh minat gilak sampai aku menangis tersedu-sedu bila aku tak dapat nak pegi tengok konsert diorang last year. dah la time tu nak dekat dengan birthday aku. memang syahdu la aku meratap haha

bila orang tanya nak hadiah birthday apa, memang aku tak minta lebih. sekeping tiket ke Super Show. itu je. tapi yelah, mahalkan. sape nak belikan aku! tapi untuk Super Show 6, aku dah mula mengumpul dari sekarang. so SM, please include Malaysia in your SS6's list!! i beg you..

aku harap sangat ada rezeki aku nak pegi tengok


sebenarnya bukan SuJu je, ramai lagi yang aku minat. tapi the ultimate one is SuJu la. EXO, GOT7, CNBLUE, SHINee, SNSD, f(x), 2PM, 2AM ehhh macam-macam lagilah. haha bukan idol je, aku rasa minat aku pada korean ni meliputi drama, solo artist sampai first generation idol pun aku kaji jugak. hehe

so itulah. terima kasih banyak-banyak kepada sis kurakuraygslow sebab dah beri inspirasi pada saya. in sha Allah, saya akan mula menulis sedikit demi sedikit mengenai kpop. apa yang saya tahu saya akan curahkan di sini (ececeh) saya berharap sangat satu hari nanti saya akan dapat pergi jugak ke Korea macam sis!

p/s : untuk sis kurakuraygslow, terima kasih sangat-sangat sebab bagi saya satu kekuatan untuk saya share benda yang kita minat tanpa peduli apa orang kata. sebelum ni saya takut kalau ada orang kutuk saya (ada yg pernah kutuk depan2 tau T.T)  i really admire your blog yang penuh info tentang SNSD tu hehe : )






No comments:

Post a Comment