memasuki era 2-series

JULY 7, 2014

Assalamualaikum.

being a 20+ years old girl ain't an easy task. people keep on asking the same questions. mana taknya, bila seorang demi seorang dah mulakan langkah baru tu makin ramailah yang bertanya. bertanya tentang langkah yang paling besar dalam hidup especially untuk perempuan. lelaki pun ya jugak.



ya, kahwin. common thing right?

tapi dalam 2 tahun kebelakangan ni, topik inilah yang paling kerap diperkatakan. kalau ada trending, hmmpp nombor satu! dari ibu ayah, atuk nenek, makcik pakcik, saudara mara, jiran tetangga, adik beradik, kawan-kawan, cikgu2 sekolah ehh ramai lagilah. semua dok bercakap pasal ni. mana taknya. lepas sorang2 kawan sekolah, kawan universiti dah ke arah itu, so tempias tu kena lah jugak kat kita.

to be honest, memang ada satu keinginan dalam diri ni untuk ke arah itu. tapi, bila difikirkan semula ia bukan semudah itu. it's not as easy as ABC.

tunang-kahwin-dapat anak-happily ever after! hold it right there girls!
itu novel.
itu drama.
itu cerita rekaan manusia.
aku selalu ingatkan diri sendiri.
takdir Tuhan kadang-kadang tak seindah itu.
pasti ada turun naiknya. pasti ada buruk baiknya.

komitmen, tolak ansur, kesefahaman, timbang rasa tu penting. kau nak hidup dengan dia sampai akhir hayat kan? and most important thing is financial status. i'm not being materialistic but being realistic is essential. please take this into account before you take another step. takda duit jangan haraplah. lagi-lagi kalau dapat calon tu yang jenis bersangkut paut dengan perkataan sulung. anak sulung, anak perempuan sulung, cucu sulung dan macam2 lagi lah.

kalau pun dia bukan si sulung, every girls have their own wedding romance. aku pun ada my own wedding romance. nak yang macam tu, nak yang macam ni. naik kuda, naik kereta mewah, naik roket. eh? haha...

tak mudah dan tak senang. yeah, tak senang. walaupun dalam Islam galakkan kita untuk memudahkan urusan perkahwinan.

pada aku, tak senang beb. lagi-lagi kalau kau takde calon *cakap depan cermin*

unless you meet The Guy who willing to spend the rest of his life with you.
unless he willing to throw away all the privileges he had once before marrying you.
unless he willing to be with you through thick and thin.
till death do us apart. yadda yadda~
or unless The Guy tu kaya raya dan boleh support kau seumur hidup, cukup makan pakai tempat tinggal semua.
hahaha..

pesanan kepada semua yang bertanya,
bagi aku peluang nak rasa dulu bagi duit bulanan kat mak ayah aku.
bagi aku peluang nak beli kereta dan rumah aku sendiri.
bagi aku peluang nak shopping tanpa rasa risau hujung bulan tak cukup duit.
bagi aku merasa pakai handbag atau kasut mahal, sekali seumur hidup teringin gak nak pakai LV.
bagi aku peluang nak genggam scroll atleast ijazah and kalau boleh lebih lagi.
eh banyak lah aku nak buat dulu!

janganlah asyik dok tanya je kat mana2 anak dara atau anak teruna orang bila dia nak kahwin. kesian kat diorang, kesian kat kami ni. taktau nak jawab apa. nak marah kang nanti kata biadap dengan orang tua. kalau makcik nak jodohkan dengan anak makcik takpelah jugak.

tapi kalau dalam masa terdekat ni datang rombongan meminang, aku redhaaa~
hahahahahaha



No comments:

Post a Comment