memasuki era 2-series

JULY 7, 2014

Assalamualaikum.

being a 20+ years old girl ain't an easy task. people keep on asking the same questions. mana taknya, bila seorang demi seorang dah mulakan langkah baru tu makin ramailah yang bertanya. bertanya tentang langkah yang paling besar dalam hidup especially untuk perempuan. lelaki pun ya jugak.



ya, kahwin. common thing right?

tapi dalam 2 tahun kebelakangan ni, topik inilah yang paling kerap diperkatakan. kalau ada trending, hmmpp nombor satu! dari ibu ayah, atuk nenek, makcik pakcik, saudara mara, jiran tetangga, adik beradik, kawan-kawan, cikgu2 sekolah ehh ramai lagilah. semua dok bercakap pasal ni. mana taknya. lepas sorang2 kawan sekolah, kawan universiti dah ke arah itu, so tempias tu kena lah jugak kat kita.

to be honest, memang ada satu keinginan dalam diri ni untuk ke arah itu. tapi, bila difikirkan semula ia bukan semudah itu. it's not as easy as ABC.

tunang-kahwin-dapat anak-happily ever after! hold it right there girls!
itu novel.
itu drama.
itu cerita rekaan manusia.
aku selalu ingatkan diri sendiri.
takdir Tuhan kadang-kadang tak seindah itu.
pasti ada turun naiknya. pasti ada buruk baiknya.

komitmen, tolak ansur, kesefahaman, timbang rasa tu penting. kau nak hidup dengan dia sampai akhir hayat kan? and most important thing is financial status. i'm not being materialistic but being realistic is essential. please take this into account before you take another step. takda duit jangan haraplah. lagi-lagi kalau dapat calon tu yang jenis bersangkut paut dengan perkataan sulung. anak sulung, anak perempuan sulung, cucu sulung dan macam2 lagi lah.

kalau pun dia bukan si sulung, every girls have their own wedding romance. aku pun ada my own wedding romance. nak yang macam tu, nak yang macam ni. naik kuda, naik kereta mewah, naik roket. eh? haha...

tak mudah dan tak senang. yeah, tak senang. walaupun dalam Islam galakkan kita untuk memudahkan urusan perkahwinan.

pada aku, tak senang beb. lagi-lagi kalau kau takde calon *cakap depan cermin*

unless you meet The Guy who willing to spend the rest of his life with you.
unless he willing to throw away all the privileges he had once before marrying you.
unless he willing to be with you through thick and thin.
till death do us apart. yadda yadda~
or unless The Guy tu kaya raya dan boleh support kau seumur hidup, cukup makan pakai tempat tinggal semua.
hahaha..

pesanan kepada semua yang bertanya,
bagi aku peluang nak rasa dulu bagi duit bulanan kat mak ayah aku.
bagi aku peluang nak beli kereta dan rumah aku sendiri.
bagi aku peluang nak shopping tanpa rasa risau hujung bulan tak cukup duit.
bagi aku merasa pakai handbag atau kasut mahal, sekali seumur hidup teringin gak nak pakai LV.
bagi aku peluang nak genggam scroll atleast ijazah and kalau boleh lebih lagi.
eh banyak lah aku nak buat dulu!

janganlah asyik dok tanya je kat mana2 anak dara atau anak teruna orang bila dia nak kahwin. kesian kat diorang, kesian kat kami ni. taktau nak jawab apa. nak marah kang nanti kata biadap dengan orang tua. kalau makcik nak jodohkan dengan anak makcik takpelah jugak.

tapi kalau dalam masa terdekat ni datang rombongan meminang, aku redhaaa~
hahahahahaha



tentang ramadhan dan bos aku yang berjiwa melayu

JULY 2, 2014

Assalamualaikum

weyh dah julai kot! dah second half of 2014.

di ofis aku ni cuma ada seorang saja lelaki yang wujud which is one of the manager cum husband kepada big bos kitorg. ohh sedih lagi pedih sebab tak dapat aku nak mencuci mata secara membabi buta! okay gurau. hahaha

dah tua dah, pangkat umur ayah aku dah. muka ada ala-ala Mr. Moay cikgu tuisyen fizik aku dulu.

tapi uniknya dia ni, aku rasa dia adalah orang cina yang berjiwa melayu. kenapa pulak?

yelah, rupa dia memang cina from top to toe. no doubt. kau pandang sekali kau akan tau dia adalah orang cina. aku kadang tengok dia memang ada iras-iras dengan Mr. Moay. style dia. the way he dress. pengubat rindu la katanya. haha.

tapi lepas dua bulan kerja sini (omg! dah dua bulan aku kerja) aku perasan sedikit kemelayuan dalam rupa chinese dia tu.

1. dia punya ringtone handphone. lagu Baik-Baik Sayang kot kalau tak silaplah. tapi yang aku sure is lagu dia lagu melayu! biasanya lah kan, jarang lah kita nampak atau dengar orang bangsa lain nak guna lagu melayu. mak aku pun letak lagu korea sebagai ringtone. apa citaa? haha

2. hari tu, on the second day of ramadhan, aku dengar dia bersiul. you know what, it's a hari raya song. dia bersiul lagu hari raya weyh. mana nak dapat orang cina lagu tu sekarang ni.

3. sangat sporting sampai aku pulak yang segan. boleh melawak dengan pekerja melayu dan cina.

aku jadi respek kat dia. mudah bergaul dan bermesra dengan pekerja. kan bagus kalau semua bos ada sifat ni. so takdelah pekerja jadi stress. walaupun post ini berbaur isu judgemental atau kau nak kata aku racist, ketahuilah sesungguhnya aku tak berniat langsung pun okay. mohon faham please!

hahaha..

oh ya! selamat menyambut ramadhan kareem ye sahabat : )



*that person does not wish me anything, so i guess dia busy tak ingat dunia bekerja tak cukup tanah gamaknya*