hilang hormat

JUNE 28, 2014

Assalamualaikum.

dan lagi sekali, aku hilang hormat pada seorang lelaki yang jauh lagi tua dari aku.

before ni, aku pernah cerita pasal pakcik jiran rumah aku tu kan? yang ni kat office pulak. haihhh, aku tak tau la apa masalah dia.

memang, aku tak nafikan yang aku ni kurang sikit bab pendengaran. bukanlah pekak tapi kurang sikit. maksudnya, aku kalau nak mendengar kena cakap depan muka aku ni. persekitaran kena membantu as in taklah terlalu bising atau ada gangguan bunyi lain. mak aku pun tau and dia pun kadang makan hati nak cakap dengan aku. asyik tak dengor je.

tapi, tu bukanlah faktornya untuk pakcik tengking saya. kalau orang yang betul-betul pekak, ditengking sekuat tu dalam telefon, hilang terus pekaknya.

ohhh stop it!! positive mode please!

1. dia taktau kau punya masalah

2. dia manusia sempurna yang takda cela dari celah mana sekalipun

3. dia orang tua, ada hak nak marah orang muda macam aku ni

4. aku orang muda, patut dimarahi kalau aku tak dengar cakap orang tua

entahlah, suka hati dia lah.

tak kisah nak marah. tapi jangan point kelemahan orang. sedih kot kalau kita punya kelemahan diberitahu dengan cara yang tak berdiplomatik. faham tak aku nak cakap apa? what i mean is kalau kau nak marah, lebih baik kau marah dengan teguran. apa perasaan kau kalau aku pinpoint kelemahan kau? sedihkan?

tegurlah.
tegurlah lembut-lembut tapi biar makan dalam.
tegurlah halus-halus tapi penuh kasih sayang.
tak kisah siapa pun dia.
walaupun kau tak kenal dia.

aku minta maaf sangat kalau aku ada buat sesiapa sakit hati. mungkin aku pun pernah buat apa yang pakcik tu buat kat aku tanpa aku sedar. maafkan aku.

*cakap dengan cermin*



No comments:

Post a Comment