faham tak akak tengah rindu lendu?!

JUNE 6, 2014

Assalamualaikum

kepada adik-adik sekalian,

sekarang ni dah musim budak-budak diploma uitm masuk balik. yang mana first time tu, akak ucapkan selamat datang dan selamat menjadi warga uitm. especially adik-adik di uitm lendu.

pada yang masuk ke semester seterusnya, teruskan perjuangan kamu dik! jangan berhenti separuh jalan. rugi. kamu takkan rasa manisnya sekarang, nanti selepas dah tamat nanti kamu rasalah apa yang akak rasa.

apa yang akak rasa??

RINDU.



faham tak? rindu. takkan korang tak pernah rasa kot. serius serius. rindu yang teramat sangat. sampai satu tahap akak jadi jeles pada junior2 akak yang mula merungut sejak seminggu lepas lagi sebab diorang kata taknak balik lendu. akak jadi jeles nak rasa macam tu balik. mengeluh sebab taknak balik lendu. mengeluh sebab cuti dah habis.

akak sekarang dah tak boleh nak buat macam tu dah. sebab akak dah habis diploma! haha

walaupun akak gembira akak dah habis, tapi akak still tak boleh terima hakikat tu. macam tak percaya akak dah habiskan tiga tahun duduk dan bertapa di lendu. kos yang akak tak suka. melaka yang akak blacklist tu. haha, Tuhan nak tunjuk. jangan benci, nanti kau jatuh hati. yup it happened to me.

dan jeles tu bertambah bila rakan2 pmds akak dok post gambar la tweet la pasal pmds lendu. rindu membuak dengan orang-orang yang menghiasi hari-hari akak di lendu. separuh gila akak merindu. saban hari bercerita pasal lendu dengan sesiapa saja. lendu itu, lendu ini. 

akak bangkit. akak jatuh.
akak gelak. akak nangis.
akak jatuh hati. akak jadi benci.
akak berbaik. akak bergaduh.
semua dalam dakapan lendu.
jadi matang dengan lendu.
membesar depan mata lendu.

tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.
lepas ni kalau akak dengar ada orang kutuk lendu ke apa ke, memang akak titik dia! dia tak pernah ada di lendu. so jangan berani cakap apa2.



sebab dia Lendu : )

Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you’re missin' home
Only know you love her when you let her go


tiga tahun kat lendu, macam mana aku nak move on dengan senang dan jayanya? cuba bagitau


haih..bila lagi boleh datang sana ya?







*gambar ihsan google

No comments:

Post a Comment