ini perasaan apa ya?

MAY 27, 2014

Assalamualaikum.



Ini perasaan apa ya?
Macam pernah rasa tapi dimana ya. Ohh zaman Tok Kaduk!
Zaman tu muda lagi. Aku baru nak akil baligh, ehh belum lagi kot time tu.
Tapi iyalah, rasa yang ada dalam diri setiap manusia itu milik Tuhan.
Aku sendiri tak dapat kawal sebab aku terlalu muda waktu tu.
Apa-apa pun terima kasih sebab sudi jadi yang pertama.
Sudi cipta kenangan zaman sekolah kita sama-sama.
Sudi pinjamkan hati walaupun sekejap.
Sudi jadi cinta monkey saya. Haha.

Ini perasaan apa ya?
Sebab dah terlalu lama sampai aku jadi lupa macam sebenarnya perasaan ini.
Mujurlah, aku rasa aku makin matang sepanjang perjalanan ini.
Aku jadi matang bila aku lihat kebahagiaan manusia.
Aku jadi matang bila aku lihat kepincangan manusia.
Mungkin aku juga banyak melihat persekitaran lalu aku jadikan contoh.
Sebab aku ini sahabat, jadi aku rela bahu aku basah dengan air mata.
Biar mereka tahu, aku kisah dan aku kasihkan mereka.
Mana aku lihat mereka ketawa, tersenyum kerana bahagia.
Mana aku lihat mereka menangis, teresak kerana sengsara.

Ini perasaan apa ya?
Sebab pengalaman manusia sekeliling aku, aku jadi berhati-hati.
Takutnya aku untuk gagal. Sebab aku tahu, perit sangat.
Aku letakkan perisai yang kelihatan rapuh di mata kasar tapi paling kebal.
Biar aku sendiri kuat di dalam biar kau tak nampak.
Sebab apa aku buat macam ini?
Supaya kau tak pijak hati aku sesuka hati.

Tapi kebelakangan ini, aku rasa perisai aku yang satu ini makin rapuhlah.
Ada orang cuba nak masuk. Macam mana ni?
Tahan dia? Atau biarkan?

 

No comments:

Post a Comment