#throwback 4 : sambutan hari lahir paling meriah di dunia

MAY 29, 2014

Assalamualaikum

#throwback kali ini aku nak kenang balik sambutan hari lahir mereka yang aku sayang ni. bagi aku sambutan dengan mereka ini adalah sambutan hari lahir paling meriah di dunia tau! tak mampu yang paling gah, atleast yang paling meriah. tak mampu yang paling mahal tapi atleast yang paling dikenang.

kalau nak ikutkan susunan siapa lahir dulu : jijot, yua, apple, nisa, shikin, fana and aku selaku adik bongsu!

haha, nak ajet-ajet manja la gittew! okay bye.

dalam ramai-ramai ni, dak yua dengan nisa je kot aku rasa tak pernah sambut birthday sama-sama. mana taknya, setiap kali birthday nisa kita semua dah cuti sem. si yua pulak birthday time final exam. memang payah nak sambut.

tapi jangan risau. ucapan selamat hari lahir dan doa tu sentiasa ada untuk diorang berdua ni.



waktu birthday shikin ni adalah sambutan hari lahir paling teruk yang kitorang pernah buat di mana dia yang putih melepak seperti cina muslim itu telah berjaya dijadikan 'cekodok'. kesian! walaupun persediaannya sloppy gila nak mampuih sampai nak jatuh dalam toiletlah, menyorok satu toilet 3 oranglah aishh macam-macamlah. haha. tapi yang penting semua enjoy dan shikin pun happy. yelah, waktu ni shikin dah sem akhir. so nak raikan dia lebih sikitlah, bagi dia ingat hingga akhir hayatnya. haha. 




nah. ini pulak adalah sambutan hari lahir yang terakhir kami sambut bersama-sama di uitm. penatnya merancang untuk event yang tak sampai beberapa minit ni. dari malam sebelum sampai ke petang tu, fuhh habis nama adik fana kitorang jual. nasib baik berjaya. tapi kali ni kitorang tak mampu nak buat meriah-meriah sangat. almaklumlah, elaun tak masuk. poket pun kering. so ini sajalah yang kami mampu. tapi aku tau, apple terharu. (tapi aku yang nangis dah kenapa?) time study week kot, tu yang kelam kabut mana nak fikir study lagi. anyway, macam biasa jugak nervous tak tentu hala. pfft, typical syamira! haha, yang penting enjoy and akan dikenang hingga akhir hayat.

banyak lagi sambutan, tapi yang ni je yang senonoh untuk tontonan umum. yang lain semua buat perangai pelik je. hehe

dari sambutan hari lahir yang pertama kita sambut sama-sama which is masa birthday jiha time part 2, membawa ke birthday fana yang penuh dengan rajuknya, kepada birthday aku yang korang sambut dua kali memandangkan aku adik bongsu (hehe), ke birthday shikin yang meriah ni, plus birthday apple yang terakhir kita sambut di uitm dan sorry lain-lain yang mana aku tak ingat -- terima kasih kawan.

untuk nisa yang aku bagi surprise birthday present tu, simpan jangan bagi orang tengok. aku malu.
untuk yua, kau tahu aku sayang kau kan? aku wish birthday pun bolehkan? sorry aku takda benda nak bagi kau. mungkin lain kali aku bagi tau! -- terima kasih kawan.

terima kasih sebab bagi aku peluang rasa bahagia yang teramat bila menjadi kawan korang. aku mohon korang tak lupakan kenangan-kenangan ni.

dari adik bongsu korang yang paling cute di dunia!




untuk pakcik

MAY 28, 2014

Assalamualaikum.


Pakcik,
Saya menulis hari ini bukanlah semata-mata nak gebang rasa marah saya tapi saya juga nak luahkan rasa kecewa saya pada pakcik. Terkilan – yang amat sangat.

Pakcik,
Saya serius tak kisah kalau ada orang nak tegur saya pasal agama. Saya ini manusia biasa. Saya tahu saya punya ilmu agama tidaklah sedalam mana. Ilmu saya cetek. Saya pun masih lagi mencari ruang untuk jadi lebih baik.

Tapi sekali lagi saya tekankan, saya MANUSIA biasa. Saya punya hati ni selembut agar-agar sirap yang terlebih air tu. Saya mudah marah tapi tak mampu nak keluarkan kata-kata. Paling dahsyat saya akan menangis sambil marah. Kadang tu, saya diamkan aje. Sampailah saya tak mampu nak marah lagi.

Pakcik,
Kalau saya ada buat salah, pakcik bolehkan nak tegur saya baik-baik. Saya takkan marah kalau kena caranya. Tak perlu rasanya kalau nak tegur tu kena dengan kata-kata sinis. Dalam jerkahan. Nasib baik ada saya dan adik-adik je waktu itu. Kalau ada orang lain, malu saya pakcik.

Tapi yang buat saya lagi bengkek, dahlah pakcik atas motor masa tu, lepas jerkah terus blah dan masuk rumah lepas tu pergi surau. Bapak pengecut pakcik ni! Tak ada rasa bersalah ke time sembahyang tu lepas jerkah orang sesuka hati. Sedih saya bila pakcik buat macam tu.

Pakcik,
Memang saya silap. saya minta maaf. Cuma cara pakcik tulah, macam tak enak didengar dan dipandang. Saya tahu niat pakcik nak ajak anak muda macam kami ni pergi ke jalan kebaikan. Tapi saya rasalah, orang macam pakcik nilah yang buat anak muda makin jauh dengan jalan kebaikan tu. Cara paksaan tu kalau budak-budak pun diorang tak suka. Dijerkah ditengking untuk buat kebaikan, siapa mahu!

Lagi-lagi anak muda ni pakcik, darah panas. Kalau ikut hati marah saya, memang saya pergi rumah pakcik lepas tu saya tengking anak pakcik depan muka dia macam mana pakcik tengking depan muka saya. Saya nak tengok apa reaksi pakcik. Tapi saya sabar. Sabar. Sabar. Ibu ayah saya tak pernah ajar saya kurang ajar dengan orang tua. Saya fikir pakcik ni jiran saya je. Ibu ayah saya pun nak duduk lama kat rumah tu.

Islam itu mudah. Islam itu indah. Jangan pakcik sulitkan. Jangan pakcik cemarkan.

Pakcik,
Ingatlah. Pakcik ada anak. Anak pakcik pun bakal ada anak. Saya tak doakan yang bukan-bukan. Tapi beringatlah.


Hai manusia,
Kuman di seberang laut kau tampak, gajah di pelupuk mata kau tak tampak.




ini perasaan apa ya?

MAY 27, 2014

Assalamualaikum.



Ini perasaan apa ya?
Macam pernah rasa tapi dimana ya. Ohh zaman Tok Kaduk!
Zaman tu muda lagi. Aku baru nak akil baligh, ehh belum lagi kot time tu.
Tapi iyalah, rasa yang ada dalam diri setiap manusia itu milik Tuhan.
Aku sendiri tak dapat kawal sebab aku terlalu muda waktu tu.
Apa-apa pun terima kasih sebab sudi jadi yang pertama.
Sudi cipta kenangan zaman sekolah kita sama-sama.
Sudi pinjamkan hati walaupun sekejap.
Sudi jadi cinta monkey saya. Haha.

Ini perasaan apa ya?
Sebab dah terlalu lama sampai aku jadi lupa macam sebenarnya perasaan ini.
Mujurlah, aku rasa aku makin matang sepanjang perjalanan ini.
Aku jadi matang bila aku lihat kebahagiaan manusia.
Aku jadi matang bila aku lihat kepincangan manusia.
Mungkin aku juga banyak melihat persekitaran lalu aku jadikan contoh.
Sebab aku ini sahabat, jadi aku rela bahu aku basah dengan air mata.
Biar mereka tahu, aku kisah dan aku kasihkan mereka.
Mana aku lihat mereka ketawa, tersenyum kerana bahagia.
Mana aku lihat mereka menangis, teresak kerana sengsara.

Ini perasaan apa ya?
Sebab pengalaman manusia sekeliling aku, aku jadi berhati-hati.
Takutnya aku untuk gagal. Sebab aku tahu, perit sangat.
Aku letakkan perisai yang kelihatan rapuh di mata kasar tapi paling kebal.
Biar aku sendiri kuat di dalam biar kau tak nampak.
Sebab apa aku buat macam ini?
Supaya kau tak pijak hati aku sesuka hati.

Tapi kebelakangan ini, aku rasa perisai aku yang satu ini makin rapuhlah.
Ada orang cuba nak masuk. Macam mana ni?
Tahan dia? Atau biarkan?

 

Biar mati anak, jangan mati adat

MAY 24, 2014

Assalamualaikum.

semalam lepas balik kerja, aku duduk di ruang tamu sambil menyelak-nyelak surat khabar. tiba-tiba terselak ruangan iklan kedai emas pak habib. seperti perempuan lain, aku pun berhenti seketika menghayati seni ukiran yang 'mengagumkan' itu.

tapi, aku taklah berminat sangat pun. mungkin sebab warna kulit aku yang ala-ala coklat tua gitu, so macam tak masuk dengan warna emas.


-- untung siapa dapat angah ni bu. tak minat nak pakai barang kemas. so takdelah susah payah nak sediakan barang kemas banyak-banyak. (niat nak bergurau, tetiba cerita pasal kahwin)
= yelah.. tapi nanti kahwin takkan taknak minta tanda kot. mestilah nak kena ada something. bila tunang nak ada cincinnya, bila nikah batal air sembahyang pakaikan gelang.
-- kenapa mesti minta cincin untuk tunang, kahwin minta gelang?
= dah adatnya macam tu. kenalah ikut.
-- kalau taknak ikut adat boleh tak. orang tak buat kita buat.
= biar mati anak jangan mati adat.

hmmmmmm...

well, aku bukanlah nak kata yang aku ni wanita moden yang nak tinggalkan semua budaya dan adat orang melayu kita sebab dah terlalu terdedah dengan mentaliti barat ke apa ke. tapi bagi aku ada sesetengah adat orang melayu kita ni yang boleh kalau kita tak buat. sebab bagi aku tak ada logiknya.

contohnya, hantaran nak kena nombor ganjil. 5 balas 7. 27 balas 35. ingat apa, main basketball ke? ikut kemampuanlah. kalau mampu bagi 2, bagi jelah. kalau mampu 22, bagi. kenapa nak kena ganjilkan nombor dulang hantaran tu? banyak lagilah adat-adat yang tak perlu aku sebut, tapi kalau kau fikir balik memang tak logik.

lagipun tak ada disebut dalam mana-mana kitab agama yang kita kalau nak buat sesuatu kena buat ikut adat.

ya, ada sesetengah adat yang boleh kita ikut. bagus. aku puji dan respek sesiapa yang masih kekalkan adat-adat kita. yelah, kalau tak kita siapa lagi nak buat. tapi berpada-padalah. yang mana menyalahi syarak tu kita hentikan. yang mana kelihatan tak logik tu kita kurangkan. yang mana masih relevan dan menepati syarak itulah yang perlu kita teruskan.

kepada ibu bapa, janganlah jadikan anak anda itu sebagai tempat untuk meletakkan segala harapan anda yang tak tercapai sebelum ini. biarkan anak itu tentukan jalan hidup mereka sebab mereka yang akan tempuh jalan itu. instead of jadi penentu jalan mana nak dituju, jadilah pembimbing yang akan bangunkan mereka bila mereka terlena, yang akan sambut tangan mereka bila mereka jatuh.

chop! seriuslah sanggup tengok anak kandung sendiri mati sebab anak tu taknak ikut adat?




PLEASE READ THIS!

MAY 21, 2014

Assalamualaikum

hey guys out there! please read this. i'm neither sexist nor feminist. but this is so true sampai kau takkan boleh tolak. please read this, i beg you. lepas baca, fahamkan dan adapt. penting bagi orang macam aku.

baca ni : awek rok kangkang macam saya

terima kasih saya ucapkan kepada empunya blog ini, kak Fynn Jamal. saya amat menghargai post akak yang satu ni.

wise

MAY 21, 2014

Assalamualaikum

yup. wise. itu je yang aku boleh gambarkan. perempuan ni memang bagi aku sangat bijak. dari segi percakapan dia. cara dia berfikir. aku jadi kagum.

bagi aku, apa je yang dia cakap kena pada batang hidung. kadang-kadang kena batang hidung aku, kadang-kadang kena pada situasi semasa. tertanya-tanya aku cara dia berfikir.

mungkin apa yang dia cakap ni berdasarkan pengalaman dia. kalau ini dari pengalaman dia, ya ampun luasnya pengalaman dia tu. aku respek.

serius. respect!
 
silalah baca blog Fynn Jamal ni. inilah perempuan yang aku kata tadi. bagi aku dia sangat bijak. aku ni mudah terhibur, tapi bila baca blog dia, aku jadi terhibur tapi at the same time aku berfikir dalam-dalam.

* aku selalu usha anak dia. aku ingat nak tunggu Juna besar nanti aku nak kahwin dengan Junalah. itupun kalau Kok Ping terima akulah. haha.

perasaan yang tak pernah dirasai sebelum ini

MAY 20, 2014

Assalamualaikum.

hehehe. benda ni bukanlah baru lagi berlaku, dah lama dah. actually boleh dimasukkan dalam Projek #throwback aku tu. tapi bila fikir-fikir balik macam tak sesuai je.

okay, merujuk kepada tajuk post kali ini, benda yang berlaku ni adalah benda baru dalam kotak perasaan aku. entahlah mungkin sebab ni pertama kalikan. tu yang rasa lain macam tu sebab sebelum ni tak pernah buat benda ni.

yang pasti, bukan aku seorang je yang gembira tapi orang sekeliling aku jugak rasa gembira. malah, ada yang terlebih excited. aku cerita pada seorang je, tiba-tiba yang lain pun tahu. kata mereka, aku dah maju! haha. maju apa entah.

the whole day that i spent with him is the most clumsy, nerve-wrecking and filled with shy-shy cat. haha. silly me.


haa, rasa macam belon. tiba-tiba, keadaan sekeliling jadi warna-warni. terapung. rasa macam nak terbang. aku terfikir, dia rasa tak apa yang aku rasa ni?



#throwback 3 : one last time

MAY 20, 2014

Assalamualaikum.

one last time as emcee. yeap, yang terakhir untuk diplomalah kalau ada rezeki lain kali time degree nak jadi lagi.

sebelum tu aku pernah cakap kat Farahin, junior cum ex-roomate part 5, yang aku teringin nak jadi emcee untuk kali yang terakhir sebelum aku grad sebab time tu dah lama sangat tak jadi emcee. rindulah konon. lama dah cakap  kat dia. tak ingat bila. tak sangka pulak dia ingat. dan kebetulan  pulak masa hari majlis kenaikan pangkat dan passing out budak junior, takde emcee.

alhamdulillah, rezeki aku dan cita-cita aku yang terakhir untuk diploma pun tercapai.

tapi kali ini lain sikit, sebab biasanya aku berdua. mesti berdua ( i mean ada partnerlah ). aku seorang diri mengacara majlis ni. punyalah gugup + panas terik (rostrum aku menghadap matahari gila!) + tempat emcee berubah + seorang diri + vip bertukar last minit. aku rasa nak nangis pun ada. ayat pertama dah salah. nasib baik vip tak datang lagi time tu. dah kena maki dengan jurulatih. dugaan dugaan.

the rest is history.
terima kasih jugak pada Achik (mamat yang sedang merenyih)


pers taime, masa ni kak syam muda remaja lagi tau!

inilah kak syam masa last time jadi emcee, iSad chuolls































































































































mesti nanti aku rindu suasana ni. macam mana ye masa degree nanti?















#throwback 2 : Shikin's graduation day

MAY 19, 2014

bertemu lagi dalam segmen yang aku cipta untuk memdedikasikan kenangan-kenangan yang telah berlaku sepanjang aku on hiatus dari dunia blog (ececeh, ajet-ajet!)

kali ni, aku nak share pasal Istiadat Konvokesyen yg ke 80 UiTM Alor Gajah yang berlaku baru-baru ni which is my beli beli good gepren grad! woohoo.. tahniah cikin!! aku bangga dengan kau. paling aku bangga bila ada selempang hikmat warna purple terletak atas bahu kau tu. walaupun itu bukan ukuran untuk berjaya, aku tetap bangga dengan kau. dua tahun setengah kau di Melaka, dua tahun aku kenal rapat dengan kau tapi inilah momen paling aku bangga dengan kau.

tapi, aku susun sepuluh jari kaki dan tangan aku ni mintak maap sangat-sangat sebab aku dan geng kita tak dapat sama-sama raikan hari bersejarah dalam hidup kau ni. padahal kitorang pernah janji nak datang. sorry. kau tahu kan masalah kitorang? aku tau kau faham.

tapi aku tau, takde kitorang masa hari grad tu pun takpe kan asal ada wanita besi ni kat sebelah kau.

 









betul tak cikin? kirim salam kat wanita besi yang paling cute ni ye!


*tahniah jugak pada kawan-kawan lain 

Terkejut

MAY 19, 2014

baru aku tau. padahal dah lama kot benda ni berlaku. shame on you Syam! kau kata kau fans dia tapi bukannya kau follow blog dia setiap waktu.

semoga akak tabah ye. saya takde pengalaman. jadi saya tak tau nak cakap apa. anyway, please take a good care of your daughter. they are precious. mereka suci. taktau apa-apa. jangan sesekali akak goyang dengan dugaan dunia ni.

i'm sorry to hear that Kak Ladynoe.

Expectation

MAY 19, 2014

basically, we all live up based on what people expect us to do.

kenapa aku cakap macam ni? cuba kau tengok. since the first day kau lahir, mak ayah kau dah letak harapan yang tinggi kat diri kau. jadi anak yang soleh, jadi anak yang menyenangkan hati ibu bapa, jadi anak yang berjaya. cikgu-cikgu nak anak murid yang mendengar kata, yang senang diajar. semua tu expectation la tu.

tapi bila semua harapan tu tak dapat dipenuhi, kau pulak yang dimarahi walhal itu semua bukan yang kau nak. mengharap  kau boleh jadi that perfect girl/boy even kau bukan nak jadi macam tu. sedih bila kau tak dapat tentukan apa yang kau sebenarnya nak jadi. sedih bila kau sedang jalani hidup kau atas kehendak orang lain. the problem is people's expectation.

apa ada dengan umur ye? aku selalu tertanya-tanya kenapa setiap kali kau buat sesuatu mesti nak dikaitkan dengan umur. again, people's expectation. you should act like your own age! bullshit. salah yang kau buat tu padahal takde kena mengena langsung dengan umur. tak reti memasak padahal dah 21 tahun? without practice nothing can be done perfectly la. janganlah nak berharap yang orang boleh jadi perfect dengan sekali percubaan. dia bukan malaikat yang takde salah. anyway, tak berdosa pun kalau kau tak reti masak.

we're just a mere human.

#throwback 1 : last day

MAY 17, 2014

Assalamualaikum

as i mention before, aku dah pun tamatkan zaman diploma kau dengan jayanya. alhamdulillah. lepas segala penat lelah yang diiringi dengan juraian air mata dan kegembiraan yang tak bertepi (ececeh!) tamat jugak aku belajar diploma.

heyy, korang tak tahu apa yang aku rasa dan lalui sepanjang aku belajar kat UiTM Lendu ni. bukan semuanya manis. tapi taklah semua pahit. ada masin sikit masam sikit. hehe. sebenarnya, aku seboleh-boleh taknak nangis time last day. tapi hati gua selembut dadih yang gua dan geng gua jual. apa boleh buat.

last paper time tu pulak transport. hmm memang lagi la aku lemah nak baca buku. otak aku time tu dah fikir nak balik je. rumah rumah rumah. tapi actually jauh kat sudut hati aku ni ada sedikit perasaan risau nak berdepan dengan the real world. takut.

takut nak berpisah dengan comfort zone aku ni, kawan-kawan dan uitm. 3tahun aku dengan diorang. dah jadi macam darah daging aku kot. aku rasa diorang semua dah nampak sedikit sebanyak buruk baik aku.

Takde benda lain dah aku nak cakap kat korang. Terima kasih sebab tahan dengan perangai aku ni. Terima kasih sebab dah jadi salah satu warna yang corakkan hidup aku. Terima kasih untuk segalanya selama 3 tahun ni. DBS 6E dalam kenangan.

hah, takyah lah korang nak usha lelaki dalam kelas aku ni. memang semua perempuan. lelaki dah pupus.

Duit

MAY 16, 2014

tengah-tengah aku baca novel ni, penulis dia sentuh pulak cerita pasal duit. teringat hari tu bila kau beli barang online and peniaga tu lupa nak letak baki duit tu kat dalam parcel.

-"nak mintak baliklah duit tu kat peniaga ni."
--"ekeleh, dua hengget je kot. takyah la nak berkira sangat."
-"hey, abis dua hengget ni bukan duit? kau budak-budak memang tak faham lagi betapa bernilainya dua hengget tu"
--"relaxlah!"
-"kau kena kerja, belajar susahnya takde duit, how to survive for at least 2 to 3 weeks with RM50 in your wallet and RM4++ in your account bank, makan minum catu, siang malam maggi, tidur sebab tahan lapar then baru kau boleh rasa betapa berharganya dua hengget tu." 

diam.

bak kata penulis ni lah
"duit - ia adalah sangat abstrak dan subjektif. lima puluh sen sangat berharga bagi si miskin, lima puluh ringgit hanya kertas helaian bila sudah berharta"

pokoknya, kau kena rasa susah dulu nak dapat lima puluh sen baru kau boleh rasa lima puluh ringgit tu berharga. ni pendapat aku. tak tau lah korang macam mana.

REVIEW : Sperma Cinta

MAY 14, 2014

Assalamualaikum.

al kisah tergeraklah hati aku ni nak amik buku cerita SPERMA CINTA nukilan AISA LINGLUNG ni dari almari buku adik aku. actually aku pun ada jugak baca buku-buku dari Lejen Press ni tapi taklah sebanyak yang adik aku punya koleksi. honestly memang buku-buku dari Lejen Press ni bacaannya lebih ringan berbanding buku dari publisher yang lain. and aku ni pulak memang jenis tak kisah nak baca buku apa pun asalkan dapat baca buku.

seriously, buku Sperma Cinta ni memang kelakar abis. bak kata tagline depan buku ni

"LEBIH KELAKAR daripada HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH" - Nazuwan, beautifulnara.com

kekeke.. memang kelakar. tapi kalau korang boleh baca maksud cerita ni lebih dalam itu lebih baik. setiap orang tu ada cara mereka sendiri untuk tafsir apa yang mereka baca. whatever it is, memang kelakar abis!

SPERMA CINTA by AISA LINGLUNG

*gambar ihsan Pak Goo

SEKIAN LAMA

MAY 12, 2014

"well, what up? first post in 2013! i've been in such a hectic semester four. sangat gila, serabut macam lepas kena taufan Sandy. the worst."

HAHAHA.. Assalamualaikum.
this is my last post which is last year okay. the first and last post for 2013. fuhh cepatnya masa berlalu. sampai tak sedar dah setahun lebih aku tak menulis. time ni part 4 kot and now aku dah habis diploma dah pun.

punyalah lama tak menulis sampaikan email untuk blog ni pun aku dah lupa. last-last ingat jugak. sampai aku buat blog baru kot. tapi biarlah bukan ada orang baca pun. punca menulis balik : blogwalking kat blog Irine Nadia. tiba-tiba rasa nak menulis tu datang balik. terima kasih kak Irine sebab dah jadi inspirasi saya walaupun akak tak sedar kewujudan saya.

so yeah, lepas ni kebanyakan entry aku akan berkisar pasal #throwback sebab aku nak imbas balik apa yang jadi pada aku sepanjang setahun aku tak menulis. in sha Allah kalau sempat semua lah.

okay bye.