nonsense!

DECEMBER 28, 2012

Okay, atas logik akal yang mana satu yang mengatakan kalau kita kurang bersosial ataupun lebih senang nak cakap dari sudut pandangan seorang perempuan : kurang kawan lelaki akan buat jodoh kita jadi berat? Atau lambat dapat pasangan? Atas tiket apa yang membolehkan seseorang itu menghukum apa yang dah jadi pada orang lain tu bakal jadi pada orang lain pulak? So typical..

Let us think wisely together. Pada pendapat anda, yang mana satu yang akan anda pilih untuk dengar dari mak anda :

    (a)  “pergilah bersosial sayang! Mama tak kisah sayang nak kawan dengan siapa pun. As long as mama tau sayang bawak balik calon menantu untuk mama cepat-cepat.”
   (b) “sayang, jodoh tu ditangan Allah. Bila nak muncul jodoh sayang tu, tu rahsia Allah. Kita perlu doa je supaya dia datang dengan cara yang paling mudah dan paling cepat.”

Well, for me of course I will choose the B one. But the reality doesn’t seem so.. heeee! Mak sapa yang cakap like the first answer, cakap kat mak korang “ mak cik, I salute you!! “ (-.-)\

Takda kawan lelaki yang ramai atau kurang bersosial dengan orang tak bermakna kita tak terdedah langsung dengan dunia luar. Hello, we’re 20th century lah! Dunia di hujung jari. Ada je orang yang temu jodoh melalui facebook. Tak payah nak bersosial bagai, mengabihkan boreh yo! Kang kalau bersosial lebih-lebih, nanti kata takda maruah la tak pandai jaga diri la. Memalukan keluarga. Tapi at the first place, nak anak tu dapat pasangan suruh pergi bergaul dengan orang. Piraahh
\(--)/

 Jodoh tu ada kat mana-mana. Bila? Kat mana? Siapa? Cepat? Lambat? Okay, tulis atas kertas soalan tu lepas tu keronyokkan dan makan. Soalan tu simpan sendiri je lah beb sebab takda siapa tahu siapa jodoh kita melainkan Dia yang kat atas tu.. Allah dah janjikan sesuatu yang paling baik untuk hamba dia.

*Kawan lelaki ke kawan perempuan ke sama je. Kalau boleh buat kita jadi lebih baik daripada diri kita sebelumnya dan pimpin kita ke Jannah, itu barulah friendship yang paling mantap!