a word a day : insecure


DECEMBER 19, 2012

Insecure  adj  1 insecure (about sb/sth) not confident about yourself or your relationships with other people  #  tidak yakin pada diri sendiri   2 not safe or protected  #  tidak selamat; tidak kukuh; goyah

Sesiapa je pun akan pernah rasa benda ni. Lebih-lebih lagi bila seseorang itu berada dalam sesuatu perhubungan atau lebih senang dikatakan sebagai relationship. Bila dalam relationship, kadang-kadang kita rasa bahagia bila keadaan tenang dan semua nampak sempurna. Tapi bila keadaan kucar-kacir, semua jadi serba tak kena.

Perasaan ni bermula bila seseorang merasa tak yakin akan masa depan relationship yang sedang mereka jalani. Macam-macam soalan timbul. Penting ke aku dalam hubungan kita? Penting ke aku kat mata dia? Dari persoalan nilah yang buat relationship jadi huru-hara, or even worst crushed. Memang susah nak ambil hati semua orang, tapi at least dengar rasa hati orang pun dah buat orang puas dengan kita.

Dalam friendship pun macam tu jugak. Kalau kawan kita tu seorang, takpelah. Dengan dia kita berborak, bergaduh, merajuk, berbaik, berkongsi rahsia.  Tapi kalau kawan kita tu sampai lima enam orang, uishhh pening dibuatnya. Mana nak dengar cerita yang itu, keluh yang ini, rungutan sana, rajukan sini. Tak menang tangan. Bila dah ramai-ramai ni, kita jadi senang bergaduh. Luka kecik pun akan jadi besar kalau tak rawat.

Bukan nak mengada-ngada tapi bila A selalu sangat bagi perhatian pada B atau C, D akan mula rasa cemburu. Bukan apa, kadang-kadang perasaan je. Tapi lama-lama takkan si D ni tak perasan dia sebenarnya rasa terpinggir. Bila berborak, A akan cakap dengan B dan C secara berbisik ataupun tulis surat. D tak tau apa-apa. Terpinggir kat tepi. Mau tau merajuk kawan tu!

Tapi tu lah, kena saling menjaga hati masing-masing. Baru friendship tu boleh kekal.

*aku ni penting ke kat mata korang, kawan-kawan?