birthday girl appreciation

NOVEMBER 29, 2012

alhamdulillah.. dua hari lepas, genaplah umur 19 tahun. tahun terakhir menggunakan title "teen" dalam hidup. next year, takkan ada lagi perkataan tu bila aku sebut umur aku. urgghh, pelik rasanya. dah 19tahun berlalu. macam-macam dah jadi, macam-macam dah aku lalui. manis, pahit, susah, senang. bak kata ibu, mati je tak rasa lagi. tapi aku tetap bersyukur sebab aku lahir dalam keluarga yang sederhana. yeap, sederhana dari segenap segi : makan, minum, pakaian, belajar, cara hidup. serba-serbi lah sederhana.

bersyukur sebab walau susah macam mana pun, tetap dapat makan dan minum. bersyukur sebab walau payah mana pun, tetap dapat belajar. bersyukur sebab walau susah mana pun, tetap dapat jalani hidup atau lebih tepat lagi : nikmati hidup sebagai seorang remaja yang biasa. ibu selalu cakap, kita kena sedar ada lagi orang yang lebih susah hidupnya dari kita. betullah tu. (tak sampai hati nak tengok bersamamu kat tv3 tu)

terima kasih kepada sesiapa yang dah wish birthday aku. lega rasanya bila aku dapat tahu aku sentiasa ada dalam doa orang lain. mereka ingat lagi kat aku yang dah lama tak jumpa atau contact dengan diorang. tapi ada jugak orang yang aku tunggu untuk wish birthday aku, tak wish even sampai hari ni. hmm, it's okay. mungkin diorang terlalu sibuk kot sampai lupa nak wish. tapi aku tau, walaupun tak wish diorang still ingat aku. tak mintak pun hadiah, mintak doa je. terima kasih kepada facebook yang menjadi orang tengah. letak je tarikh lahir kat situ, orang yang dah bertahun-tahun aku tak contact pun jadi ingat. facebook, connecting people! ^_^

dalam banyak-banyak wish yang aku dapat, ada satu wish yang paling buat aku nak tergelak dan menangis serentak ni.

" ibu doakan panjang umur, murah rezeki dan cepat dapat pakwe. dapat jodoh yang baik."

i guess she finally think that her little and cute daughter has grown up. T.T

*tak kisah kalau tak pakai baju mahal atau designer brand, tak kisah kalau makan mamak atau gerai tepi jalan asalkan halal, tak kisah naik public transportation, tak kisah kalau jalan sorang-sorang, tak kisah tidur takde alas, tak kisah masuk hutan even takut sikit dan banyak lagi yang aku tak kisah. still, ada benda yang aku saaangat kisah dan paling penting : keluarga

hey you, you're getting older lah. matang sikit ea!