ubat untuk menghilangkan stress

OCTOBER 3, 2012

baiklah. hari ini aku nak kongsikan ubat yang paling mujarab bagi menghilangkan stress! sangat berguna untuk pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan seperti kami ni. kalau ada yang tak setuju dengan pendapat ini, anda boleh fikirkan sendiri cara yang paling berkesan untuk anda hilangkan stress anda sebab kami sebenarnya sedikit pun tak ambil 'pot' pasal keadaan anda sekalian. walaupun cara ini akan memberi kesan kepada jisim berat tubuh (JBT) atau lebih dikenali sebagai BMI ataupun body mass index di kalangan para saintis, ahli ilmuan, pelajar-pelajar perubatan, pelajar yang mengambil jurusan sains tulen, orang dewasa waima kanak-kanak sekolah rendah mahupun semua manusia di muka bumi Tuhan ini kerana ini adalah common knowledge. terimalah~ taraaa!!!

waaa *_* (meleleh air liur)

kit kat stack!


#walaupun ini adalah coklat murah yang mungkin tak dipandang sebelah mata pun oleh orang-orang yang biasa makan coklat mahal, tapi ini adalah penenang kepala orang yang sangat serabut ketika sedang baca buku law. walaupun murah, tapi tetap dapat menggembirakan hati! jangan pernah memperkecilkannya!