through the eyes of the beholder

OCTOBER 13, 2012


setelah melalui minggu-minggu yang menyeksakan, akhirnya tinggal lagi satu paper yang akan dijawab. oh my dear love statistics, please be kind with me! risau mak nak.. walaupun subjek favourite, tapi kalau dah malas nak study memang tak dapat jawablah ceritanya.

berkenaan minggu yang menyeksakan tu, it's truly tiring. isnin, separuh nafas menjawab. dan jumaat, sebab dah penat sangat masa jawab tu macam tak rasa apa-apa menjawab soalan tu. sebabkan paper isnin tu boleh dikatakan macam haram je, dan aku pun mengambil keputusan untuk melupakan subjek tu. sebab nak lupakan sangatlah, ia memberi effect kepada next paper yang pada hari jumaat. sebab rasa relax yang terlampau, aku pun main game sampai tak ingat dunia dan tengok running man sampai tergolek-golek seorang diri. nak dijadikan cerita, hari rabu baru nak study. dah terlambat! subjek membaca pulak, menggelabah ayam lah jadinya.

hari itu dalam sejarah aku sebagai seorang student, aku tak tidur petang ( i mean take a nap for atleast 2hrs ) dan sambung study selepas Subuh. plus, aku tidur pukul 1.30 pagi. esoknya tu, bangun awal pulak dan nak jawab paper petang. wow! bertahan betul aku waktu tu.

"dah la, pergilah tidur. aku tengok mata kau dah merah dah tu."
"kamu okay? pergilah berehat."
"aku tak jadi nak ajak kau pergi tadi sebab aku tengok mata kau dah merah sangat tu. mata kau nampak sangat penatnya."
"macam takde mood je. okay ke ni? penat ye? next paper bila? patutlah nampak stress je!"

aku tanya sorang kawan aku ni "err, mata aku ni newspaper ke yang sampai orang boleh nampak apa yang aku rasa? ketara sangat ke?"

and she said yes.


lepas ni, aku kena 'ajar' mata aku ni. kalau marah, sedih, penat ke atau apa-apa rasa yang negatif kena simpan elok-elok sebab nanti mata yang tak 'berajar' ni cerita dekat semua orang. kang aku cilikan, aku pulak yang merana.


* kenapa selalu tajuk post aku mesti bahasa inggeris? memang bukan semua tapi kebanyakannya.. tak payah nak kusut-kusut pergi buka buku psikologi untuk tahu behaviour aku. cuba kalau aku translate ke bahasa melayu. #gadis hari lahir - nombor satu #sudah lama tak berjumpa ataupun macam tajuk kali ni #dari kaca mata si pemiliknya. weird. bukan tak nak agungkan bahasa Melayu tapi macam pelik sikitlah.

proud to be Malaysian. ops, saya bangga jadi anak Malaysia!!