ubat untuk menghilangkan stress #2

OCTOBER 7, 2012

setelah berhari-hari membaca buku sampai otak pun dah kepam, kami sekeluarga bersama Kak Amy pun bercadang untuk me'release' stress. dengan cara apa? mestilah dengan cara yang sihat! macam-macam benda yang kami lakukan dari mencari makanan kegemaran Kak Long Jiha iaitu ayam Uncle Bob, membeli chicken chop yang Ayong Fana idamkan, mencari ice-cream yang Kak Chik Nisa mimpikan sehinggalah bersenam yang menjadi igauan aku sebab memang malas nak keluar dari bilik. tetapi setelah diarah oleh kuasa veto Kak Lang Apple, aku pun terus bersiap dan pergilah keluar bersenam bersama mereka.

ingatkan nak lah main tenis ke, main bola tampar ke tapi malangnya unit sukan tu tak bukaklah pula. macam ada badi, setiap kali nak bersukan dengan riang rianya mesti dia tutup. bengang betul! jadi, penyelesaiannya? main kejar-kejar, pertandingan skipping, main bola guna bola hoki yang Kak Ngah Yua jumpa (sounds stupid, right?). and the highlight of the day ~ main anak ayam! ala, yang ada ibu ayam dengan serigala tu. lepas tu, serigala kena kejar anak ayam.

it was really fun. macam balik masa kat zaman kecik-kecik dulu. masing-masing excited macam terlebih endorphin kat dalam badan. hahahahaha seronok sungguh! dah petang sikit tu, ingat nak join budak lelaki main bola kat padang (even tak kenal pun) tapi lepas tengok jumlah kaum adam melebihi sepertiga kaum hawa yang ada di padang tu, kami pun pergilah. malu! ingatkan nak beli ayam Uncle Bob sebab Kak Amy dan Kak Long Jiha teringin nak makan (sekali lagi) tapi takde. so, ada photo shoot sikit lah dekat sana. and the unique part is tempat shoot tu dalam longkang besar yang takda air tu. idea akulah tu! weee

Ateh Syikin dan yang lain-lain pun mengikutkan kehendak adik mereka ni, termasuklah Kak Amy yang menjadi jurugambar profesional secara tiba-tiba. taraa!


what we called a family
Kak Chik Nisa!

in the longkang :)


" kamu semua buat akak rasa muda. rasa macam akak balik ke zaman sekolah akak,"
*well, Kak Amy.. akak pun bukannya tua sangat. ke kitaorang yang berlagak macam budak-budak tak cukup vitamin? heee