long time no see ha!

OCTOBER 2, 2012

waaa, long time no see! rindunya nak mengarang fairy tale yang tak berapa nak fairy tale sangat. hahaha. kalau nak diikutkan last blog post aku adalah pada beberapa bulan yang lepas di mana pada waktu itu aku masih mempunyai masa lapang yang sangatlah banyak!

tetapi, sejak mula masuk semester tiga dekat UiTM di bumi Alor Gajah yang indah lagi permai ini aku mula menjadi tak tentu arah kerana terlalulah sibuk. ini disebabkan oleh subjek yang diambil pada semester ini bertambah banyak sesuai dengan kematangan seorang pelajar diploma sepenuh masa. ( persoalannya, matang ke?! )

assignment, kelas, event anjuran fakulti, kolej, MPP, tugas sebagai seorang komander, event-event komander yang memerlukan komitmen yang sangatlah banyak dari aku membuatkan aku menjadi separuh gila dan tak sempat bernafas. ditambah bulan ramadhan ( bukan mengeluh ) yang banyak sangat event yang bermanfaat dan rasa rugi kalau tak pergi sangat menyesakkan kepala otak. almaklumlah, mahasiswi paling rajinlah katakan! ;)

ditambah pula dengan macam-macam dugaan, tragedi dan kenangan yang berlaku sepanjang semester ni. dari majlis kenaikan pangkat komander ke annual grand meeting aka AGM komander membawa ke leadership camp sampailah penutup event komander iaitu majlis penghargaan komander (MPK). ketua biro tugas-tugas khas, emcee majlis sampailah ketua biro sukaneka merangkap biro multi tasking memang buat kepala aku sampai satu tahap yang tak dapat nak dibayangkan lagi beratnya!

tak campur lagi segala pergaduhan, perselisihan faham, gurauan, jenaka, ketidakpuasan hati, sakit hati, sedih, terasa hati, marah dan macam-macam lagi yang aku lalui membuatkan minda dan hati aku penat.


"semester tiga ini menyaksikan pertumpahan air mata dan keringat yang tak terkira banyaknya,"    -myself-

at last, setelah berbulan-bulan cemburu dengan Nur Syafira bt Rasdi ataupun lebih dikenali dengan Sya Rsd yang ada saja masa untuk meng'update' blognya, akhirnya pada hari kedua selepas exam week bermula aku pun telah berjaya memecahkan sumpahan nenek kebayan gunung angsi dan telah meng'update' blog aku! yeayy! tahniah~ heee