birthday girls - number two

OCTOBER 2, 2012

walaupun dah lambat lebih kurang 14 hari, tapi aku dapat rasakan yang aku masih ada masa lagi nak ucapkan SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN yang ke-19 tahun kepada my dearest kakak NURSARAH ADLINA BT M. JUFFRI.. so sorry my dear kakak! zhu ni shengri kuaile~ :)

adikmu ini terlampau sibuk dengan test dan quiz yang bersepah sampai malas dah nak fikir pasal apa-apa dan hanya tahu nak tidur sepanjang hari dan menjadi ular sawa! minggu yang sangat tak cukup udara untuk bernafas. alhamdulillah, aku masih ingat dan sempat wish pada hari kejadian. aku tak salahkan kina sebab kelalaian beliau telah menyebabkan birthday girl kita ni agak berjauh hati ye. my dear, you know sakina right? dia bukan saja-saja je nak lupa tapi dia memang tak ingat. lagi-lagi dah masuk universiti ni. aku percaya dia ada alasan yang kukuh dan kita kena percaya pada dia.

so, nak cerita apa ye? macam mana kita jumpa? bila kita start rapat? kenapa kita boleh declare sebagai sahabat yang paling baik? haaahh.. (mengeluh)

babe, you know it better than me! tak payah declare pun kita masing-masing dapat rasakan yang kita adalah hamba Allah yang telah ditakdirkan-Nya untuk berjumpa dan saling melengkapi kekurangan diri untuk jadi lebih baik, betul tak?

tapi apa yang paling penting aku nak kau tahu, hamba Allah yang bernama NurFatin Syamira bt Roslan ini sentiasa bersyukur kerana telah dikurniakan sahabat yang sangat memahami, yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk aku, seorang yang aku tahu bersedia sepanjang masa untuk pinjamkan bahu dia pada aku, pinjamkan telinga dan kata-kata yang boleh buat aku jadi orang yang lebih baik dari sebelumnya. as i said to syafira earlier during her birthday, we really need each other to complete each other!

again, i am really sorry because i'm late. tapi, usaha tu pentingkan? heee better late than never, right?


PENGUMUMAN 2
   Pada hari ini, saya NURFATIN SYAMIRA BINTI ROSLAN, dengan ini mengaku bahawa saya sangat sayang dan mengambil berat tentang awak. Saya juga mengaku bahawa saya sedia meminjamkan bahu saya sekiranya awak berada dalam kesedihan yang tak mampu awak tanggung sendiri. Saya sedia untuk meminjamkan telinga saya pada awak ketika awak rasa awak sunyi dan perlukan teman. Saya nak awak tahu yang saya sangat sayangkan persahabatan kita ini. Mungkin saya tak selalu telefon awak sekerap saya telefon mak saya tapi itu tak bermakna saya tak ambil berat pasal awak. Mungkin juga ada rasa awkwardness yang timbul bila kita berdua berbual tanpa yang lain. (betul tak?) Kan saya dah cakap we’re need each other to complete each other right? Saya sentiasa mengambil tahu tentang awak walaupun awak jauh nun di utara. Akhir kata, saya nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 19 wahai sahabat dunia akhiratku (insyaAllah), NURSARAH ADLINA BINTI M. JUFFRI…

p/s : beb, we’ll still friend even aku da ada anak lapan sekalipun. We’ll still friend even kau da gemuk and ada anak lapan jugak sama macam aku. Kita tetap kawan walaupun kita jauh terpisah, kau kat utara aku kat selatan. And we’ll still friend till Jannah, insyaAllah!
-syam-                               
  
 
*walaupun nampak sama, tapi isinya sangat menggambarkan apa yang tersirat dekat dalam