birthday girls - number three

OCTOBER 14, 2012

ahh! naughty girl's birthday.. budak nakal ni. nak panggil kakak macam tak sesuai sebab perangai dia ni macam lagi kebudak-budakan je dari aku even dia lagi tua sebulan 13hari dari aku. (betul tak babes? heee) walaupun tak jauh sangat bezanya tapi dia tetap minum susu mak dia dulu dari aku. jadi, aku tetap kena respect dia sebagai orang yang telah minum susu lembu dulu dari aku.

nak cerita perangai pelik dia ni, macam-macam yang dia dah buat. sampai pening kepala orang lain dibuatnya. dari perangainya yang kadang-kadang kebudak-budakan sampailah tetiba jadi matang mengalahkan mak dia buat orang yang baru nak kenal perangai dia jadi aneh dan boleh terkena kejutan budaya tau! macam aku masa mula-mula kenal dia dulu. wakaka.. alhamdulillah, ada orang seperti Syafira yang sanggup jadi pendengar setia, kawan karib, sahabat, teman shopping, teman luah perasaan, tempat tumpang tidur rumah, kawan melepak paling setia, dan telah menjadi babe yang paling disayangi oleh dia di antara babes yang lain. syafira, you are her life!


SITUASI 1
masalah : rambut terkeluar kau terkeluarlah dari tudung sekolah, kau tak rimas ke?
penyelesaian : bukak tudung (tak kira ada orang ke tak), betulkan terus, then pakai tudung tu balik

SITUASI 2
masalah : cikgu tegur, kamu tak pakai stokin dan mana stokin kamu?
penyelesaian : buka beg, amik stokin, pakai depan cikgu tu

SITUASI 3
masalah : wei, kelas bahasa inggeris dengan sivik ni bosan la!
penyelesaian : jom pergi jalan-jalan. *ukur sekolah

SITUASI 4
masalah : wei, kau tulis ayat apa ni? "you broke our ship?" *gelak terguling-guling sampai tersembur air yang sedang diminum
penyelesaian : gelak bersama-sama sambil potong perkataan ship menjadi relationship

SITUASI 5
masalah : ada seorang budak pendidikan khas di sekolah anda kejar anda tanpa anda ketahui sebabnya
penyelesaian : LARI!!!! (tawaf satu sekolah)

SITUASI 6
masalah : tengah borak-borak kosong dengan rancaknya, tetiba ada suara menyampuk dengan nada yang paling meyakinkan bagi sesiapa yang mendengarnya "wei, spain tu bukan sepanyol lah!"
penyelesaian : ~~~~ angin menderu seketika ~~~~

SITUASI 7
masalah : cikgu ada bagitau, jangan cerita kat cikgu lain pasal benda tu tapi tetiba dia ni pergi cakap dekat cikgu yang dimaksudkan oleh cikgu sebelumnya dengan nada yang kuat di depan koperasi "apahal mahal sangat cikgu?" 
penyelesaian : bila cikgu tu tanya apa yang mahal, dan setelah diberi isyarat mata 500volt dia jawab "bergedel kat kantin tu yang mahal cikgu!" kahkahkahkahkah


heee... kalau korang ada kawan yang perangainya mirip salah satu situasi di atas, aku ada seorang yang mewakili kesemua situasi di atas dan aku sangat bahagia ada kawan macam dia! 7 situasi ni adalah kisah benar dan wajar dijadikan bahan gelak aku dan babes sekalian bila kami lepak-lepak lepas tak jumpa selama beberapa bulan. perasaan i-miss-my-schooltime-and-these-babes memang tak boleh elak punyalah.

the i-miss-my-schooltime-and-these-babes feeling


aku admit dia memang kami kurang kemesraan dan agak awkward bila berdua je and aku tau dia pun rasa macam tu. tapi aku dapat rasa yang dia sebenarnya sangat take care pasal aku macam mana aku sangat ambil berat pasal dia (betul tak? ^_^) aku tak kisah pada siapa pun dia nak mengadu masalah dia dulu sebab aku pun akan ambil tahu jugak pasal masalah dia. but babe, i can be your ear if you want me to and this is damn serious understood?

*from left : kina, me and my lovely birthday girl Syammimi Shahrom <3 
HAPPY BIRTHDAY, DEAR!