penting untuk masa depan

ollo...

ok dah lepas 3 paper! semua paper yang dah lepas ni buat kepala aku rasa sakit. tak pernah rasa sakit kepala, mual-mual dan rasa nak muntah bila belajar. microeconomics is killing me! arggghhh.. habis je rasa lega yang teramat sangat. get ready for the next paper, marketing. *da la carrymarks awak ni tak seberapa, ada hati mau main lagi ye*  tapi sebelum tu, tidurlah wahai permaisuriku~ kekeke

ni lah benda yang selalu jadi kat aku!
hmm, tapi takpe lah.. demi nak mencapai matlamat hidup sebagai seorang manusia iaitu menuntut ilmu, aku gagahi jugak untuk baca buku tu. ye lah tak guna hidup kalau takda langsung ilmu kat dada ni. kalau takda ilmu, macam mana nak berjaya. macam mana nak balas jasa ibu dengan ayah. ibu selalu cakap, kalau takda ilmu orang takkan respect kita. betullah tu. kita sendiri pun boleh bezakan cara orang yang ada ilmu dengan orang yang takda ilmu bercakap. kalau yang takda ilmu tu, cakapnya rubbish memanjang! kalau yang ada ilmu tu, penuh makna je percakapannya tu. memang ko hidup ni nak enjoy je! *note to self*.... menuntut ilmu tu kan wajib, tapi kenalah sabar. bak kata lagu berdua bersatu by forteen :

jika dengan mu salah ku tak mahu yang benar
jika dengan mu rebah biarlah ku tercalar
walau dilanda badai ku sanggup kerna ku mahu kita berdua bersatu
jika dengan mu kabur ku tak mahu jelas
jika dengan mu hanyut biarlah aku lemas
walau dilanda ribut ku sanggup kerna ku mahu kita berdua bersatu...

apa yang aku cuba sampaikan melalui lirik ni bukanlah pasal cinta kepada manusia semata-mata. lagu ni jugak boleh dikaitkan dengan situasi aku sekarang ni. yelah, kalau betul aku tercalar sebab baca buku, aku sanggup. kalau betul aku kena badai sebab baca buku, aku sanggup. kalau betul aku jadi kabur kalau baca buku, aku sanggup. kalau betul aku hanyut dan lemas kalau baca buku, aku sanggup. kena ribut pun tak kisah sebab aku nak aku dan buku-buku aku tu bersatu. bersatu dari segi aku boleh faham dan hafal segala fakta yang ada tu.aku sanggup!

bak kata seorang kenalan aku yang lebih tua ni :
study ni untuk masa depan. hari-hari kita akan fikir apa yang kita akan jadi pada masa depan. rasulullah pun pernah cakap 'tuntutlah ilmu sampai negara China sekalipun'. jangan mengalah. jangan mengeluh. jangan putus asa. jangan masam muka. hadapi dengan penuh senyuman!


betullah apa yang akak tu cakap. hari-hari aku fikir apa yang akan jadi pada masa akan datang. aku nak jadi businesswoman. buka perniagaan. insyaAllah, aku akan hadapinya dengan tabah. aku akan kurangkan keluhan yang tak perlu tu, takkan putus asa, takkan masam muka dan senyum bila ada masalah. *aku tak janji yang aku takkan mengeluh, aku manusia la* thanks kak ana...

No comments:

Post a Comment