birthday girls - number one

ollo...

mula-mula kenal dia ni perghh punyalah kerek minah ni. rumah dia pulak dekat dengan rumah aku, makin berbulu lah mata aku ni. pandang je aku da tak suka dengan dia ni.entahlah, pelik betul. mula kenal time form 2 la. 2 amal/ 2007, smk sijangkang jaya lah yang menjadi saksi perkenalan aku dengan dia ni. macam-macam aku kutuk dia. kurus lah. bajet lah. gedik lah. negatif aje. aku tak boleh nak halang   minda aku ni menganalisis benda negatif pasal dia sebaik je aku nampak dia. it comes so natural sampai aku pun tak sedar yang pahala aku dok kumpul tu banyak dah bagi kat dia. alih-alih dosa yang aku dapat, astaghfirullahalazim! benda ni pun berlanjutan lah sampai form 3.

naik form 4, dah ditakdirkan oleh Allah yang aku sekelas lagi dengan dia (pfttt, takde muka lain ke). dan ditakdirkan oleh Allah jugak dia dan sahabat baik dia mimi yang juga aku menyampah sama seperti dia duduk di belakang aku dan sarah. mungkin ada sebab kina datang lambat kot hari tu. kina pulak terpaksalah duduk di belakang mereka ni. annoying kan? orang yang kita tak suka depan mata kita. hmm, kawan macam biasa. dan macam biasa, kutuk-mengutuk tu adat orang berkawan.

tapi semakin hari dalam "kawan macam biasa", kami : aku, kina, sarah, dia dan mimi mula rapat. aku pun tak tau kenapa tiba-tiba je rasa macam ada connection antara kitorang berlima ni. waktu bila kitorang jadi rapat pun aku tak sedar. (kina, sarah, mimi and you! anyone sedar tak bila kita start rapat)

so, i consider that as the beginning of our friendship. and as time goes by, our friendship getting stronger. we need each other to complete each other. sampai form 5, kami berlima sekelas. makan minum share. kerja sekolah buat sama-sama. pergi tuisyen sama-sama. lepak makan cendol, makan mcd, makan lontong klang setiap pagi ahad sebelum masuk kelas tuisyen pun sama-sama. mana lah kita ni tak rapat kan? ^^, buat perangai kat sekolah sama-sama, jaga pagar (nak brag,, kami pengawas) pun sama-sama even kau sepatutnya jaga tempat lain. share masalah. buat prank kat kina (jus sawi), kau lah mastermindnya! kekekeke manalah tak jadi rapat kita ni. sya, aku sayang ko!!
kina, kau and aku




PENGUMUMAN

   Pada hari ini, saya NURFATIN SYAMIRA BINTI ROSLAN, dengan ini mengaku bahawa saya sangat sayang dan mengambil berat tentang awak. Saya juga mengaku bahawa saya sedia meminjamkan bahu saya sekiranya awak berada dalam kesedihan yang tak mampu awak tanggung sendiri. Saya sedia untuk meminjamkan telinga saya pada awak ketika awak rasa awak sunyi dan perlukan teman. Saya nak awak tahu yang saya sangat sayangkan persahabatan kita ini.
   Walaupun perkenalan antara kita bermula dengan rasa benci, mungkin itu hikmah yang Allah tunjukkan pada kita. Mungkin saya tak rapat dengan awak macam mana awak rapat dengan yang lain ( kina, mimi, sarah ) tapi itu tak bermakna saya tak ambil berat pasal awak. Mungkin juga ada rasa awkwardness yang timbul bila kita berdua berbual tanpa yang lain kan? Kan saya dah cakap we’re need each other to complete each other right! Saya sentiasa mengambil tahu tentang awak. Walau selekeh dan selebet mana pun awak, saya tetap akan kawan dengan awak. Jangan risau awak tetap cantik pada mata saya! 
    Akhir kata, saya nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 19 wahai sahabatku, NUR SYAFIRA BINTI RASDI…

p/s : beb, we’ll still friend even aku da ada anak lapan sekalipun. We’ll still friend even kau da gemuk and ada anak lapan jugak sama macam aku. Kita tetap kawan walaupun kita jauh terpisah, kau kat utara aku kat selatan. InsyaAllah!
                                                                                                             -Syam-

No comments:

Post a Comment