sukses! sukses!

ollo...
assalamualaikum

yeaayyy! berjaya jugak buat.. ingat tak boleh tadi. berjam-jam aku menelek, last-last dapat jugak! pening kepala aku baca kod-kod yang berbelit macam ulat tu.

jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan
jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu


*lalala menyanyi kegirangan aku.. betul ke lirik ni?

penting untuk masa depan

ollo...

ok dah lepas 3 paper! semua paper yang dah lepas ni buat kepala aku rasa sakit. tak pernah rasa sakit kepala, mual-mual dan rasa nak muntah bila belajar. microeconomics is killing me! arggghhh.. habis je rasa lega yang teramat sangat. get ready for the next paper, marketing. *da la carrymarks awak ni tak seberapa, ada hati mau main lagi ye*  tapi sebelum tu, tidurlah wahai permaisuriku~ kekeke

ni lah benda yang selalu jadi kat aku!
hmm, tapi takpe lah.. demi nak mencapai matlamat hidup sebagai seorang manusia iaitu menuntut ilmu, aku gagahi jugak untuk baca buku tu. ye lah tak guna hidup kalau takda langsung ilmu kat dada ni. kalau takda ilmu, macam mana nak berjaya. macam mana nak balas jasa ibu dengan ayah. ibu selalu cakap, kalau takda ilmu orang takkan respect kita. betullah tu. kita sendiri pun boleh bezakan cara orang yang ada ilmu dengan orang yang takda ilmu bercakap. kalau yang takda ilmu tu, cakapnya rubbish memanjang! kalau yang ada ilmu tu, penuh makna je percakapannya tu. memang ko hidup ni nak enjoy je! *note to self*.... menuntut ilmu tu kan wajib, tapi kenalah sabar. bak kata lagu berdua bersatu by forteen :

jika dengan mu salah ku tak mahu yang benar
jika dengan mu rebah biarlah ku tercalar
walau dilanda badai ku sanggup kerna ku mahu kita berdua bersatu
jika dengan mu kabur ku tak mahu jelas
jika dengan mu hanyut biarlah aku lemas
walau dilanda ribut ku sanggup kerna ku mahu kita berdua bersatu...

apa yang aku cuba sampaikan melalui lirik ni bukanlah pasal cinta kepada manusia semata-mata. lagu ni jugak boleh dikaitkan dengan situasi aku sekarang ni. yelah, kalau betul aku tercalar sebab baca buku, aku sanggup. kalau betul aku kena badai sebab baca buku, aku sanggup. kalau betul aku jadi kabur kalau baca buku, aku sanggup. kalau betul aku hanyut dan lemas kalau baca buku, aku sanggup. kena ribut pun tak kisah sebab aku nak aku dan buku-buku aku tu bersatu. bersatu dari segi aku boleh faham dan hafal segala fakta yang ada tu.aku sanggup!

bak kata seorang kenalan aku yang lebih tua ni :
study ni untuk masa depan. hari-hari kita akan fikir apa yang kita akan jadi pada masa depan. rasulullah pun pernah cakap 'tuntutlah ilmu sampai negara China sekalipun'. jangan mengalah. jangan mengeluh. jangan putus asa. jangan masam muka. hadapi dengan penuh senyuman!


betullah apa yang akak tu cakap. hari-hari aku fikir apa yang akan jadi pada masa akan datang. aku nak jadi businesswoman. buka perniagaan. insyaAllah, aku akan hadapinya dengan tabah. aku akan kurangkan keluhan yang tak perlu tu, takkan putus asa, takkan masam muka dan senyum bila ada masalah. *aku tak janji yang aku takkan mengeluh, aku manusia la* thanks kak ana...

birthday girls - number one

ollo...

mula-mula kenal dia ni perghh punyalah kerek minah ni. rumah dia pulak dekat dengan rumah aku, makin berbulu lah mata aku ni. pandang je aku da tak suka dengan dia ni.entahlah, pelik betul. mula kenal time form 2 la. 2 amal/ 2007, smk sijangkang jaya lah yang menjadi saksi perkenalan aku dengan dia ni. macam-macam aku kutuk dia. kurus lah. bajet lah. gedik lah. negatif aje. aku tak boleh nak halang   minda aku ni menganalisis benda negatif pasal dia sebaik je aku nampak dia. it comes so natural sampai aku pun tak sedar yang pahala aku dok kumpul tu banyak dah bagi kat dia. alih-alih dosa yang aku dapat, astaghfirullahalazim! benda ni pun berlanjutan lah sampai form 3.

naik form 4, dah ditakdirkan oleh Allah yang aku sekelas lagi dengan dia (pfttt, takde muka lain ke). dan ditakdirkan oleh Allah jugak dia dan sahabat baik dia mimi yang juga aku menyampah sama seperti dia duduk di belakang aku dan sarah. mungkin ada sebab kina datang lambat kot hari tu. kina pulak terpaksalah duduk di belakang mereka ni. annoying kan? orang yang kita tak suka depan mata kita. hmm, kawan macam biasa. dan macam biasa, kutuk-mengutuk tu adat orang berkawan.

tapi semakin hari dalam "kawan macam biasa", kami : aku, kina, sarah, dia dan mimi mula rapat. aku pun tak tau kenapa tiba-tiba je rasa macam ada connection antara kitorang berlima ni. waktu bila kitorang jadi rapat pun aku tak sedar. (kina, sarah, mimi and you! anyone sedar tak bila kita start rapat)

so, i consider that as the beginning of our friendship. and as time goes by, our friendship getting stronger. we need each other to complete each other. sampai form 5, kami berlima sekelas. makan minum share. kerja sekolah buat sama-sama. pergi tuisyen sama-sama. lepak makan cendol, makan mcd, makan lontong klang setiap pagi ahad sebelum masuk kelas tuisyen pun sama-sama. mana lah kita ni tak rapat kan? ^^, buat perangai kat sekolah sama-sama, jaga pagar (nak brag,, kami pengawas) pun sama-sama even kau sepatutnya jaga tempat lain. share masalah. buat prank kat kina (jus sawi), kau lah mastermindnya! kekekeke manalah tak jadi rapat kita ni. sya, aku sayang ko!!
kina, kau and aku




PENGUMUMAN

   Pada hari ini, saya NURFATIN SYAMIRA BINTI ROSLAN, dengan ini mengaku bahawa saya sangat sayang dan mengambil berat tentang awak. Saya juga mengaku bahawa saya sedia meminjamkan bahu saya sekiranya awak berada dalam kesedihan yang tak mampu awak tanggung sendiri. Saya sedia untuk meminjamkan telinga saya pada awak ketika awak rasa awak sunyi dan perlukan teman. Saya nak awak tahu yang saya sangat sayangkan persahabatan kita ini.
   Walaupun perkenalan antara kita bermula dengan rasa benci, mungkin itu hikmah yang Allah tunjukkan pada kita. Mungkin saya tak rapat dengan awak macam mana awak rapat dengan yang lain ( kina, mimi, sarah ) tapi itu tak bermakna saya tak ambil berat pasal awak. Mungkin juga ada rasa awkwardness yang timbul bila kita berdua berbual tanpa yang lain kan? Kan saya dah cakap we’re need each other to complete each other right! Saya sentiasa mengambil tahu tentang awak. Walau selekeh dan selebet mana pun awak, saya tetap akan kawan dengan awak. Jangan risau awak tetap cantik pada mata saya! 
    Akhir kata, saya nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 19 wahai sahabatku, NUR SYAFIRA BINTI RASDI…

p/s : beb, we’ll still friend even aku da ada anak lapan sekalipun. We’ll still friend even kau da gemuk and ada anak lapan jugak sama macam aku. Kita tetap kawan walaupun kita jauh terpisah, kau kat utara aku kat selatan. InsyaAllah!
                                                                                                             -Syam-

miss her

ollo...

yeeaayy! at last, dapat jugak aku ber'skype' dengan Sarah.. lama gila tak cakap dengan makcik tu. hehe aku rindu kat dia. last sekali jumpa dengan dia masa cuti last sem. da berapa bulan dah tu. selalu cakap kat handphone je. tak pun mesej. tu pun jarang-jarang. hmm, thanks to pencipta skype ni. kerana dia, aku dapat cakap yang Sarah. hehehe sukanya! nanti boleh la cakap dengan Sakina pulak.. hehehe puas betul, lebih dari 2 jam aku cakap dengan dia. happy! :)

la tahzan ya qalbi

ollo...

kenapalah air mata ni nak mengalir? tadi punyalah gembira siap main geletek-geletek lagi. suddenly, rasa nak menangis. mungkin ada benar cakap ibu, jangan terlalu suka nanti akibatnya duka! ni la dia.
 
 ish, pergilah sedih. aku penatlah rasa nak menangis tapi tak keluar air mata.
 ish, pergilah resah. aku penat nak tanggung rasa ni dalam hati.
 ish, pergilah malas. aku nak study, lagi berapa hari je nak final.
 ish, pergilah rindu, kan hari tu baru je jumpa ibu.
 ish, pergilah kenangan silam yang menyekat aku. rasa tak berbaloi memikirkan tentang benda yang dah tak wujud lagi. memang ada walaupun aku nafikan tapi benda dah takda. nak buat macam mana kan?
 ish, keluarlah air mata. kalau betul dengan keluarnya engkau dapat buat aku rasa lega sikit.
 PERGILAH!

sabarlah NurFatin Syamira binti Roslan. sabarlah cahaya. sabarlah yg cantik. sabarlah teman bicara. la tahzan ya qalbi... jangan bersedih wahai hati. ya ALLAH.. bantulah aku! (emotionalnya aku ) :(