air mata itu...

ollo..

Sebelum-sebelum ni, aku memang tak suka kat dia.. entah  lah aku memang tak suka kat dia. Aku ulang lagi sekali, AKU MEMANG TAK SUKA KAT DIA. But I still respect him as my leader. Dia memang seorang yang sangat hebat. Seorang guru yang sangat bagus tapi cara dia tu ada sikit tak betul juga.  Sebab apa tak suka? Ok, aku senaraikan..

1-  Waktu part 1, first time jumpa dia waktu kokurikulum hari selasa. Dia pakai full uniform yang sangat ketat.  Aku panggil dia En. Ketat! TAK SUKA 

2- Time LIBK which stands for Latihan Intensif Bakal Komander. Dia hell kitorang. Aku ingat lagi, 18 Oktober 2011. Lepas passing out, lepas semua bk ( bakal komander ) dari kampus lain balik kolej. Waktu tu hujan lebat sangat. Apa dia buat, tak payah tanya la. Siapa yang ada pada waktu kejadian je yang tau. Wallahualam. TAK SUKA 

3- Waktu training 2 hari sebelum semester ni start, bencinya aku pada dia bila dia suruh aku dan yang lain-lain hentak kaki sebab kami ni semua tak hentak kaki dengan padat. Berapa kali? Entah, dah tak terkira rasanya. Rasa nak tercabut tulang-temulang aku ni. TAK SUKA 

4- Time MMK ( minggu mesra komander ) pulak, hmmm apalagi kalau bukan pasal psu dia. Dia tanya kenapa dalam masa seminggu, takda sorang pun kb ( komander baru ) even yang lelaki ambik psu dia. Yelah, macam mana nak ambik. Bayangkan korang ada 60 orang senior or maybe lebih daripada tu yang korang kena ambik psu dia dan bukan semua boleh beri komitmen sepenuhnya. Semuanya kena lengkap sebelum kami boleh ambik psu dia ni. Kena lagi!  TAK SUKA 

5- Malam sebelum event PERTAME tu, walaupun dia tak ‘belanja’ kitorang tapi dia ‘belanja’ senior kami yang lain. Sebab tak bagi komitmen. Walaupun bukan kami yang kena tapi dia tak patut bagi sebanyak itu pada senior yang lain. TAK SUKA

6- Dia extend part 7. TAK SUKA 

7- Terlalu bersemangat waja. TAK SUKA 

8- Terlalu sayangkan komander sampai dia pernah cakap dia sanggup gadaikan nyawa sebab komander. TAK SUKA 

9- Still panggil kami dengan panggilan kb. Saya pun komander jugak. TAK SUKA 

10- Sangat mementingkan pangkat dan hierarchy. TAK SUKA

Motif highlight perkataan tak suka? 

Suka hati aku laa! hehehe
Ok la. Cukup 10 alasan kenapa aku sangat-sangat tak sukakan dia. Bukan benci tau, beza tu antara benci dan tak suka. Banyak lagi tapi 10 dulu. Walaupun ada yang rasa tak munasabah alasan yang aku bagi tu tapi realitinya atas alasan-alasan ini la aku tak suka pada dia.

Tapi perjumpaan malam ni yang dalam expectation aku dan semua yang lain adalah nak kena ‘belanja’ dengan mantan-mantan top 5 batalion, bertukar menjadi satu perjumpaan yang mengubah tanggapan aku terhadap dia ni.


Segala masalah, ketidakpuasan hati, rasa ragu-ragu telah dibangkitkan di dalam perbincangan ni. Dalam pada gelak-gelaknya diorang tu, aku da perasan mantan ppr kami da mula getap bibir, rahang dia da mula bergerak-gerak dan dia sudah mula mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya keluar menandakan dia da mula marah. Tapi dia ni cool je. Pelik gak, apa kitorang tanya dia jawab. Tapi dalam nada cool and memujuk. Hmmm, pelik!Bila dia start bukak point dia, aku dapat rasakan kebenaran dalam setiap perbuatan dia. Apa yang dia buat pada kitorang, actually ada kebaikannya tersendiri.

Lepas beberapa minit, tiba-tiba dia menangis. Air mata dia tu.. buat aku rasa sedih jugak.

Bayangkan orang yang ko hormat tinggi setaraf ko hormatkan seorang guru menangis depan mata ko! Sedih betul dia masa tu, nampak sangat. Lelaki yang ko rasa hebat, menangis! Cara dia cakap menunjukkan dia betul-betul kecewa dengan kitorang ~ macam kitorang ni, tak ada function langsung… sedihnya!

Mantan ppr cakap dia extend sebab dia risau dengan komander batch bawah ni, kalau dia nak grad last sem pun dia boleh grad but he chose to extend because of his love towards commander. Bayangkan pengorbanan dia tu, mana ada orang lain yang sanggup korbankan masa dan maruah diri demi maruah orang lain. Aku tabik dengan dia. Ada korang jumpa orang macam dia ni? Tak tau la kalau ada tapi bagi aku ni first time jumpa. Kesian dia. Dia memang  tak salah, kitorang yang salah. Tak jalankan tugas dan amanah dengan baik. Aku rasa loser gila tau tak?!
 nindia..

Jadi ayuh Batch 31 dan 32, kita bangunkan lagi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria, kita mantapkan lagi Top 5 Batalion Komander Kesatria UiTM Melaka, tunjukkan pada orang awam yang kita bukan sekadar menghabiskan duit kerajaan je dan kita ada fungsi dalam UiTM ni. Dan InsyaALLAH, Batalion ke-7 Komander Kesatria UiTM Melaka ni tak akan terkubur lagi..

p/s : dia pun manusia jugak, ada perasaan